Yayasan Nurjiwa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Yayasan Nurjiwa
Maklumat am
Jenispertubuhan bukan untung
No. pendaftaran0745009-T
Ibu pejabatKuala Lumpur, Malaysia
Penubuhan
PengasasYBhg. Dato' Sri Khalid Muhammad Jiwa dan Dato' Sri Siti Nurhaliza Tarudin
Diasaskan21 Ogos 2006; 17 tahun yang lalu (2006-08-21)
Identiti
Kawasan berkhidmatSeluruh negara
PemilikSiti Nurhaliza Tarudin
Khalid Mohamad Jiwa
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Yayasan Nurjiwa ialah sebuah pertubuhan yang tidak berasaskan keuntungan di Malaysia yang ditubuhkan pada 21 Ogos 2006[1] oleh penyanyi Malaysia, Siti Nurhaliza dan suaminya, Khalid Mohamad Jiwa dengan matlamat untuk membantu insan-insan yang memerlukan dan kurang bernasib baik[2].

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Yayasan Nurjiwa ialah sebuah badan kebajikan yang telah diwujudkan sebagai platform untuk membantu mereka yang memerlukan melalui konsert amal dan acara makan malam dimana wang akan didermakan kepada organisasi terpilih.[2] Matlamat utama yayasan ini adalah untuk membantu insan-insan yang memerlukan termasuk golongan miskin/daif, gelandangan, ibu tunggal, warga emas dan anak-anak yatim serta mangsa bencana alam termasuk banjir, dan turut membiayai pendidikan untuk kanak-kanak yang memerlukan. 

Aktiviti[sunting | sunting sumber]

Antara aktiviti yang dijalankan oleh Yayasan Nurjiwa ialah menghulurkan sumbangan berupa barangan keperluan sejadah, telekung, kain pelikat dan Al-Quran kepada mangsa banjir bernilai RM310,000 di Terengganu.[3][4] Pada 2014, yayasan ini turut menganjurkan konsert amal Dato' Siti Nurhaliza Live In KLCC: Where The Heart Is yang diadakan pada 7 dan 8 Februari[5][6] serta pameran seni SITI: An Iconic Exhibition of Dato’ Siti Nurhaliza yang diadakan selama sebulan.[7]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Siti Bina Sekolah Di Gaza, Bakal Adakan Konsert Kumpul Dana". Getaran. 2022-07-22. Dicapai pada 2023-08-04.
  2. ^ a b "DCHL lancar program kumpul dana bersama Yayasan Nurjiwa". SimplySiti. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Mac 2008. Dicapai pada 4 Ogos 2023.
  3. ^ http://www.astroawani.com/berita-hiburan/yayasan-nurjiwa-serah-sumbangan-rm310-000-kepada-mangsa-banjir-52230
  4. ^ http://berita.mediacorp.sg/mobilem/entertainment/yayasan-siti-nurhaliza/1818952.html
  5. ^ "Dato' Siti Nurhaliza Live in KLCC- Where the Heart Is". Galaksi Media. 2014-01-10. Dicapai pada 2017-02-10.
  6. ^ ""WHERE THE HEART IS" Kerja Amal DATO' SITI NURHALIZA". Galaksi Media. 2014-02-09. Dicapai pada 2017-02-10.
  7. ^ Siti As Icon: Art Exhibition Contributes To Charity Muhammad Zaini Mohd Zin (21 March 2014). BERNAMA. Accessed on 19 April 2014.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]