Pergi ke kandungan

Yayoi Kusama

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Yayoi Kusama
草間 彌生
Kusama pada 2013
Kelahiran
Yayoi Kusama (草間 彌生)

(1929-03-22)22 Mac 1929
Matsumoto, Nagano, Empayar Jepun
Meninggal dunia14 Ogos 2026(2026-08-14) (umur 97)
Tokyo, Jepun
Terkenal kerana
  • Mengecat
  • melukis
  • arca
  • seni pemasangan
  • seni persembahan
  • filem
  • cereka
  • fesyen
  • menulis
Gerakan politik
AnugerahPraemium Imperiale
Laman web rasmiwww.yayoi-kusama.jp

Yayoi Kusama (草間 彌生, Kusama Yayoi, 22 Mac 1929 – 14 Ogos 2026) ialah seniman sezaman Jepun yang terutamanya mengerjakan arca dan pemasangan. Beliau juga giat dalam lukisan cat, persembahan, seni video, fesyen, puisi, cereka, dan seni lain. Karyanya berdasarkan dalam seni konsep dan menunjukkan beberapa sifat feminisme, minimalisme, surealisme, seni pop, dan ekspresionisme abstrak, dan dicampur dengan kandungan autobiografi, psikologi dan seks. Beliau telah diiktiraf sebagai salah satu seniman terpenting yang datang dari Jepun,[1] seniman perempuan paling laris di dunia,[2] dan seniman hidup paling berjaya di dunia.[3] Karyanya mempengaruhi kontemporarinya, termasuk Andy Warhol dan Claes Oldenburg.

Kusama dibesarkan di Matsumoto, dan berlatih di Universiti Seni Bandar Kyoto selama setahun dalam gaya cat Jepun tradisional yang dipanggil nihonga.[4] Beliau mendapat ilham oleh impresionisme abstrak Amerika Syarikat. Beliau berpindah ke Bandar Raya New York pada 1958 dan sebahagian daripada latar avant-garde New York sepanjang 1960-an, terutamanya dalam gerakan seni pop.[5] Menerima meningkatnya lawan budaya lewat 1960-an hippie, beliau mendapat perhatian awam apabila beliau menganjurkan siri kejadian yang peserta bogel dicat dengan cat bintik berwarna terang.[6][7] Beliau mengalami tempoh pada 1970-an semasa karyanya sebahagian besar diendahkan, tetapi hidup kembali minat pada 1980-an membawa seninya ke pandangan awam. Kusama terus mencipta seni di pelbagai muzium di seluruh dunia, dari 1950-an ke hadapan.[8]

Kusama terbuka tentang kesihatan mentalnya dan tinggal sejak 1970-an di kemudahan kesihatan mental. Beliau berkata seni menjadi caranya mengungkapkan masalah mentalnya.[9] "Saya melawan sakit, resah, dan takut setiap hari, dan satu-satunya kaedah yang saya jumpa yang melegakan penyakit saya adalah terus mencipta seni", beliau beritahu penemu ramah pada 2012. "Saya mengikuti benang seni dan entah mengapa menemui laluan yang membenarkan saya hidup."[10]

  1. Yamamura, Midori (2015), Yayoi Kusama: Inventing the Singular. Cambridge, Massachusetts: MIT Press.
  2. Tran, John L. (7 November 2019). "Yayoi Kusama: The underdog story of a Japanese art maverick". The Japan Times (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 15 Januari 2023.
  3. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama "Kusama-2018"
  4. "Yayoi Kusama". guggenheim.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Februari 2018. Dicapai pada 21 Februari 2018.
  5. Griselda, Pollock (2006). Psychoanalysis and the image: transdisciplinary perspectives. Malden, Massachusetts: Blackwell Publishers. m/s. 127–160.
  6. "Yayoi Kusama, Harry Shunk, János Kender. The Anatomic Explosion, New York. 1968 | MoMA". The Museum of Modern Art. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Februari 2018. Dicapai pada 21 Februari 2018.
  7. "Yayoi Kusama, Harry Shunk, János Kender. Mirror Performance, New York. 1968 | MoMA". The Museum of Modern Art. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Julai 2022. Dicapai pada 21 Februari 2018.
  8. Taylor, Kate (28 Februari 2018). "How Yayoi Kusama's Infinity Mirrors pushed pop art into the new age". The Globe and Mail. Toronto. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Julai 2022. Dicapai pada 4 Mac 2018.
  9. "Yayoi Kusama Biography, Life & Quotes". The Art Story. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Februari 2020. Dicapai pada 29 Februari 2020.
  10. Swanson, Carl (6 Julai 2012). "The Art of the Flame-Out". New York. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Jun 2022. Dicapai pada 20 Februari 2020.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Templat:Performance art