Yee sang
Yi sang يي سڠ | |
---|---|
![]() Yusheng Yi sang bersama pencicah dan bahan-bahan | |
Nama alternatif | Yee sang, Lou Sang, Yee Sang, Yu Sheng, Jyu4 Saang1, Lo Hei, Prosperity Toss |
Jenis | Salad, hidangan ikan mentah, salmon dish ![]() |
Tempat asal | China ![]() |
Kawasan/rantau | Asia tenggara |
Masakan berkaitan | Singapura, Indonesia, Malaysia |
Bahan utama | Ikan mentah (atau ikan buatan untuk vegetarian), sayur yang dihiris dan pelbagai jenis sos dan perencah |
Maklumat lain | dimakan sempena Tahun Baru Cina (hanya di Malaysia dan Singapura) |
sunting · sunting di Wikidata![]() |



Yi sang (nama lainnya: Yee sang, yusheng atau yuu sahng (Cina Ringkas: 鱼生 ; pinyin: yúshēng)) ialah sejenis salad ikan mentah gaya Chaozhou. Yee sang biasanya terdiri daripada potongan daging ikan mentah (khususnya salmon), yang bercampur dengan cebisan sayur-sayuran, dan beraneka sos dan perasa, dan ramuan-ramuan lain. Secara harfiah, "yusheng" (kekadang turut dieja "yu sheng") dapat diterjemahkan menjadi "ikan mentah" dan boleh dianggap melambangkan kemewahan, kemakmuran dan kesuburan.[1]
Sejarah[sunting | sunting sumber]
Hidangan ini direka di kawasan pantai selatan China seperti Chaozhou dan Shantou kira-kira 1,500 tahun dahulu, ketika Dinasti Song. Menurut legenda, seorang dewi dari China yang dikenali sebagai Nǚwō (女娲 ) memperbuat manusia daripada tanah dan lumpur pada hari ketujuh bulan pertama tahun baru qamari. Sejak itu, hari tersebut dikenali sebagai "Hari Lahir Manusia". Dipercayai bahawa kaum nelayan dan pelaut China Selatan zaman silam amat menghormati mitos ini. Pada masa kini, yusheng dihidangkan dalam jamuan atau upacara keagamaan, bukan sahaja untuk memperingati peristiwa itu, malah untuk memberi penghormatan kepada Nüwo. Pada abad ke-19 dan awal abad ke-20, kebanyakan nelayan ini berhijrah ke negara-negara Asia Tenggara seperti Malaysia dan Singapura untuk kehidupan yang lebih baik, dan membawa bersama hidangan tradisi ini. Setakat ini tiada kajian ilmiah yang dapat menyokong pada mitos dan legenda ini namun ianya dapat dibuktikan jika satu kajian lapangan dan rujuk silang hikayat dilakukan secara serius untuk membuktikannya sepertimana kajian Schliemann pada tahun 1873 yang menemukan Kota Troy di Turki berdasarkan kajian beliau pada epik terkenal Illiad oleh Homer, di mana Kota Troy dalam Illiad dikatakan hanya dongeng dan mitos oleh para pengkaji.
Yee sang dimulakan di Kuala Lumpur kira-kira pada awal 1950-an, sebagai hidangan yang disajikan hanya selepas hari Tahun Baru Cina apabila restoran dibuka semula, dan restoran menyajikan hidangan ini sebagai pembuka selera untuk memupuk 'tuah' untuk tahun berikutnya.
Kini, "Lo Hei" – perlakuan melambung yee sang – ialah satu adat resam Tahun Baru Cina di Malaysia dan Singapura yang mana saudara-mara berkumpul di keliling meja lalu melambung cebisan ramuan ke udara dengan penyepit apabila disuruh, sambil melaungkan ucapan untuk menandakan bermulanya tahun yang makmur.
Ramuan-ramuan biasa termasuk: ikan salmon segar, lobak putih (daikon), lobak merah, cili kembung, halia, kaffir lime leaf, parsli Cina, potongan kacang tanah, bijan bakar, keropok udang Cina (atau udang kering goreng), dan tepung lima rempah. Kuahnya diperbuat terutamanya daripada sos plum.