Yeoh Tat Beng

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Yang Berhormat

Yeoh Tat Beng
楊達明
Anggota Parlimen
untuk Beruas, Perak
Didahului olehkerusi dicipta
Digantikan olehChew Biow Chuon
Butiran peribadi
LahirPerak Darul Ridzuan Beruas, Perak
Meninggal duniaApril 17, 1966
Hospital Batu Gajah
Anak-anak3
PekerjaanAhli politik

Yeoh Tat Beng merupakan ahli politik Perikatan/ MCA di Malaysia. Beliau menang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1959 bagi kawasan Bruas, negeri Perak (1958-1964). [1]

Ketika itu Perdana Menteri Malaysia ialah Tunku Abdul Rahman dan Timbalan Perdana Menteri ialah Tun Abdul Razak Hussein. Pilihan raya ini adalah yang pertama selepas merdeka 31 Ogos 1957. Pilihan raya umum Tanah Melayu 1959 ini cukup hebat kerana diadakan berperingkat-peringkat , bermula dari negeri Perlis hingga Kelantan. Ketika itu Sabah dan Sarawak belum menyertai / membentuk Malaysia. Kerusi parlimen bertambah dari 52 (1955) kepada 104 kerusi (1959). Perikatan menang 74 kerusi dan pembangkang menang 30 kerusi.

Pada suatu haru, beliau memandu kereta bertolak dari Kuala Lumpur pada 7.30 malam 14 April, ingin ke Pulau Pinang, dan malangnya beliau telah mengalami kemalangan di Lebuhraya Kuala Lumpur-Ipoh KM45 dan dihantar ke Hospital Batu Gajah.[2] Selepas beberapa hari di wad, beliau telah meninggal dunia pada 4.45 petang 17 April 1966, jenazahnya telah dihantar ke Perkuburan Cina Batu Gantung di Pulau pinang.[3] Akibatnya berlangsung PRK Bruas pada masa itu.[4] Satu sekolah menengah di Terong, Perak telah dinamakan atas nama beliau, iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Tat Beng, sebagai satu kenangan bagi sumbangan beliau terhadap pendidikan setempat.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Wakil bebas dari Bruas melangkah ka-pehak Perikatan". eresources.nlb.gov.sg.
  2. ^ "Car crash M.P. for Bruas dies in hospital". eresources.nlb.gov.sg.
  3. ^ "遇車禍重傷國會議員楊達明不治身亡新聞部發文吿深表哀悼". eresources.nlb.gov.sg.
  4. ^ "A threeparty contest in Bruas poll". eresources.nlb.gov.sg.