Yeop Adlan Che Rose

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Datuk Yeop Adlan Che Rose merupakan bekas diplomat Malaysia ke luar negara seperti ke Mexico, Brazil, Argentina dan beberapa negara di Afrika[1]. Beliau pernah menyertai Parti Islam Se-Malaysia (PAS)[2]dan pada 2017, beliau telah menyertai Parti Tindakan Demokratik (DAP)[3].

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Yoep Adlan belajar di Maktab Melayu Kuala Kangsar di Kuala Kangsar,Perak. Kemudian belajar di Universiti Oxford United Kingdom.

Kerjaya diplomat[sunting | sunting sumber]

Beliau menyertai Kementerian Luar Negeri pada 1967. Pada 1988 dan 1992 menjadi duta ke Sepanyol dan Mexico. Pada 1982 menjadi Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Singapura.

Beliau menjadi Setiausaha Pengarah CHOGM (Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel) Kuala Lumpur (1988), Datuk Pengelola Bijaya DiRaja Istana Negara (1989), Setiausaha II (Politik)Perwakilan Tetap Malaysia ke PBB New York dan Ketua Penolong Setiausaha (Politik) Kementerian Luar Negeri.

Tewas pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2004 beliau mewakili PAS tewas bertanding di parlimen Hulu Langat,Selangor di tangan calon Barisan Nasional / UMNO Datuk Markiman Kobiran. Parlimen Hulu Langat terbahagi kepada 3 DUN iaitu Dusun Tua, Semenyih dan Kajang dengan 79,999 pengundi berdaftar.[4]

Dipinjamkan kepada PKR[sunting | sunting sumber]

Yeop Adlan dipilih menjadi Pengerusi Jawatankuasa Disiplin pada rombakan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PKR April 2009.Beliau meletakkan jawatannya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Parti Keadilan Rakyat (PKR) sejak Julai 2009.[5] Sebenarnya beliau ahli PAS tapi dipinjamkan kepada PKR untuk membantu parti itu.

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Isterinya Datin Almi Hidayah bt Mohd Rozalli (adik pelakon veteran Rahim Razali). Mereka mendapat 3 anak iaitu Marina, 39 Mariani, 35 dan Bakti Adlan, 24. Bakti Adlan kembali ke rahmatullah di Ashmore, Queensland, Australia pada hari Sabtu 20 Januari 2007. Anak bungsunya itu meminati sukan Golf dan sedang mengambil Ijazah kedua Bachelor of Commerce dan Certificate Professional Golf Association of Australia serta Diploma PGA/IGI (Professional Golf Association/International Golf Institute) di Griffith University, Gold Coast, Queensland.

Anak Yoep Adlan meninggal dunia di Australia dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 21 Shah Alam pada 31 Jan 2007. Jenazahya telah diterbangkan dari Brisbane, Australia ke Lapangan Terbang MAS Kargo, Sepang.[6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "AMBASSADOR YEOP ADLAN". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-11-30. Dicapai pada 2012-11-30.
  2. ^ Ariffuddin Ishak (3 Februari 2010). "Yeop Adlan Bukan Pengerusi Jawatankuasa Disiplin PKR Sejak Julai 2009". mStar. Dicapai pada 16 April 2021.
  3. ^ YISWAREE PALANSAMY (10 November 2017). "After stint in PAS and PKR, former diplomat joins DAP". Malay Mail. Dicapai pada 16 April 2021.
  4. ^ Hulu Langat to choose between a lawyer and a former diplomat
  5. ^ Yeop Adlan Bukan Pengerusi Jawatankuasa Disiplin PKR Sejak Julai 2009
  6. ^ Jenazah anak Dato' Yeop Adlan selamat disemadikan