Yerba mate

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Yerba mate
Ilex paraguariensis - Köhler–s Medizinal-Pflanzen-074.jpg
Pengelasan saintifik
Alam:
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
I. paraguariensis
Nama binomial
Ilex paraguariensis

Yerba mate ialah sejenis pokok genus Ilex spesies Ilex paraguariensis A. St.-Hil.,[1] ia dikaji buat pertamakali oleh Auguste François César Prouvençal de Saint-Hilaire.[2]

Yerba mate digunakan untuk membuat minuman seduhan bernama mate yang terkenal di Amerika Selatan terutamanya di Paraguay, serta di Argentina, Uruguay, Brasil selatan dan tengah-barat, wilayah Chaco di Bolivia dan Chili selatan.

Taksonomi[sunting | sunting sumber]

Pokok ini tumbuh renek dan boleh membesar sehingga 15 meter (49 ka) tinggi. Daunnya malar hijau, 7–110 milimeter (0.3–4.3 in) panjang dan 30–55 milimeter (1.2–2.2 in) lebar dengan hujung bergerigi; ia mengandungi kafein (dikenali di beberapa bahagian dunia sebagai mateine) dan alkaloid xantina berkaitan.

Bunga yang dihasilkan tumbuhan ini berwarna putih kehijauan dengan empat kelopak setiap kuntum. Buah yang dihasilkan jenis drup warna merah berukuran diameter 4–6 milimeter (0.16–0.24 in).

Komposisi kimia[sunting | sunting sumber]

Tumbuhan ini mengandungi tiga jenis xantina: kafein, teobromina dan teofilina. Kandungan kafein berbeza-beza antara 0.7% dan 1.7% daripada berat kering [3] (berbanding dengan 0.4-9.3% untuk daun teh, 2.5-7.6% dalam guarana, dan 3.2% untuk kopi kisar); [4] kandungan teobromina berbeza dari 0.3% hingga 0.9%; teofilina wujud dalam kuantiti yang sangat kecil atau tiada langsung.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "ITIS Report". itis.gov. Dicapai pada 26 February 2015.
  2. ^ "Index of Botanists". harvard.edu. Dicapai pada 4 March 2015.
  3. ^ Dellacassa, Cesio et al. Departamento de Farmacognosia, Facultad de Química, Universidad de la República, Uruguay, Noviembre: 2007, pages 1–15
  4. ^ "Activities of a Specific Chemical Query". Ars-grin.gov. Dicapai pada 5 June 2011.