Yeti Airlines

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Yeti Airlines
IATA
YT
ICAO
NYT
Pengenal
YETI AIRLINES
Ditubuhkan1998
HabLapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan, Kathmandu
Bandar tumpuanBiratnagar
Pokhara
Bhairahawa
Nepalganj
Bhadrapur
Program kesetiaanYeti Airlines SKY-Club
SubsidiariTara Air
Pesawat8
Destinasi10
Slogan syarikatYou come first
Ibu pejabatKathmandu, Nepal
Tokoh utamaLhakpa Sonam Sherpa
Laman webwww.yetiairlines.com

Yeti Airlines Domestic Pvt. Ltd. adalah sebuah syarikat penerbangan yang berpusat di Kathmandu, Nepal. Syarikat penerbangan ini ditubuhkan pada Mei 1998 dan menerima Sijil Pengendali Udara pada 17 Ogos 1998. Yeti Airlines adalah syarikat induk Tara Air. Kedua-dua syarikat penerbangan ini membentuk pengendali penerbangan domestik terbesar di Nepal. Yeti Airlines mengendalikan lapan pesawat dan menawarkan penerbangan domestik ke sepuluh destinasi.

Yeti Airlines telah memperoleh dua ATR 72-500 pada tahun 2017. Yeti Airlines juga adalah pengendali kedua pesawat ini di negara Nepal selepas Buddha Air.

Yeti Airlines Twin Otter di Lapangan Terbang Pokhara (April 2000)

Destinasi[sunting | sunting sumber]

Yeti Airlines menawarkan penerbangan berjadual ke destinasi berikut (sehingga Disember 2012):[1]

Destination Airport Nota
Kathmandu Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan Hab
Bhadrapur Lapangan Terbang Bhadrapur
Bhairahawa Lapangan Terbang Gautam Buddha
Bhadrapur Lapangan Terbang Bharatpur
Biratnagar Lapangan Terbang Biratnagar
Janakpur Lapangan Terbang Janakpur
Nepalganj Lapangan Terbang Nepalganj
Pokhara Lapangan Terbang Pokhara
Tumlingtar Lapangan Terbang Tumlingtar

Yeti Airlines mengendalikan penerbangan pegunungan Everest Express selama satu jam setiap hari dari Kathmandu ke rentang Everest oleh BAe Jetstream 41 & ATR 72-500. Kebanyakan destinasi gunung terpencil Nepal kini disambungkan oleh pesawat STOL dari Tara Air.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Scheduled flights". Yeti Airlines. Dicapai pada 6 June 2010.
  2. ^ "Tara Air – Biggest Airline in Nepalese Mountains - Helping Develop the Rural Nepal". Dicapai pada 9 May 2015.