Pergi ke kandungan

Yogi Berra

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Yogi Berra
Berra bersama New York Yankees pada 1953
Catcher / Pengurus
Dilahirkan: (1925-05-12)12 Mei 1925
St. Louis, Missouri, A.S.
Meninggal dunia: 22 September 2015(2015-09-22) (umur 90)
West Caldwell, New Jersey, A.S.
Pukulan: Kiri Balingan: Kanan
MLB debut
22 September, 1946, untuk New York Yankees
Penampilan MLB terakhir
9 Mei, 1965, untuk New York Mets
Statistik MLB
Purata pukulan.285
Pukulan2,150
Home run358
RBI1,430
Rekod pengurus484–444
% Kemenangan.522
Pasukan
Pemain

Pengurus

Jurulatih

Kerjaya cemerlang dan anugerah
Ahli National
Baseball Hall of Fame
Pelantikan1972
Undian85.6% (cabutan kedua)
Kerjaya ketenteraan
PerkhidmatanTentera Laut Amerika Syarikat
Tahun perkhidmatan1943–1945
PangkatPerantis kelasi
UnitPenembak Sokongan Kapal Pendarat[1]
Pertempuran
Anugerah

Lawrence Peter "Yogi" Berra (nama lahir Lorenzo Pietro Berra; 12 Mei 1925 – 22 September 2015) merupakan seorang pemain besbol profesional Amerika Syarikat yang terkenal sebagai penangkap (catcher), sebelum meneruskan kerjayanya sebagai pengurus dan jurulatih. Beliau bermain selama 19 musim dalam Major League Baseball (MLB) dari tahun 1946 hingga 1963 dan sekali lagi pada tahun 1965, dengan hampir keseluruhan kerjayanya bersama pasukan New York Yankees. Berra dipilih sebanyak 18 kali ke All-Star dan memenangi 10 kejuaraan Siri Dunia sebagai pemain, sekali gus menghasilkan rekod terbanyak dalam sejarah MLB.

Sepanjang kerjayanya, beliau mencatatkan purata pukulan sebanyak .285, dengan 358 home run dan 1,430 markah akibat pukulan (runs batted in, RBI). Beliau juga merupakan salah seorang daripada enam pemain sahaja yang pernah memenangi Anugerah Pemain Terbaik American League (AL MVP) sebanyak tiga kali. Berra dianggap secara meluas sebagai salah seorang penangkap terbaik dalam sejarah besbol dan telah dilantik ke dalam Dewan Kemasyhuran Besbol Kebangsaan pada tahun 1972.

Berra dilahirkan di St. Louis, Missouri, dalam sebuah komuniti masyarakat Itali. Beliau menandatangani kontrak bersama Yankees pada tahun 1943 sebelum menyertai Tentera Laut Amerika Syarikat sebagai gunner's mate semasa Pendaratan Normandy dalam Perang Dunia Kedua. Beliau membuat penampilan sulung di MLB pada usia 21 tahun iaitu pada tahun 1946, dan menjadi pemain utama dalam pasukan Yankees sepanjang era kejuaraan mereka dari 1949 hingga 1962.

Walaupun hanya setinggi 5 kaki 7 inci (1.70 m), lebih rendah berbanding kebanyakan pemain lain, Berra dikenali sebagai pukulan berkuasa (power hitter) serta penangkap pertahanan yang handal. Selepas bersara sebagai pemain pada akhir musim 1963, beliau dilantik sebagai pengurus Yankees pada tahun berikutnya. Pada 1965, beliau menyertai New York Mets sebagai jurulatih (dan sempat bermain secara ringkas). Beliau terus bersama Mets selama sedekad, termasuk empat tahun terakhir sebagai pengurus.

Berra kembali ke Yankees pada tahun 1976 sebagai jurulatih selama lapan musim, dan kemudian menjadi pengurus selama dua musim sebelum menyertai Houston Astros sebagai jurulatih. Sepanjang kerjayanya, Berra terlibat dalam 21 Siri Dunia sebagai pemain, jurulatih, atau pengurus—memenangi 13 daripadanya. Beliau juga terkenal kerana menangkap perlawanan sempurna (perfect game) oleh Don Larsen dalam perlawanan kelima Siri Dunia 1956. Berra memegang rekod terbanyak "shutout" ditangkap, dengan 173 kali.

Pada tahun 1972, Yankees menggantung jersi nombor 8 miliknya; nombor yang sama juga pernah dipakai oleh Bill Dickey, dan kedua-dua penangkap tersebut dihormati dengan perisytiharan tersebut. Pada tahun 1988, beliau turut menerima plak penghargaan di Monument Park. Berra turut dinamakan dalam Pasukan Abad MLB (MLB All-Century Team) melalui undian peminat pada tahun 1999.

Pada tahun 1998, beliau menubuhkan Muzium dan Pusat Pembelajaran Yogi Berra di kampus Universiti Negeri Montclair, dan kekal terlibat secara aktif dengannya sehingga akhir hayatnya. Berra meninggalkan sekolah selepas tamat darjah lapan, dan selain kejayaannya dalam besbol, beliau juga dikenang kerana kata-kata lucu dan paradoksal yang sering diungkapkannya, seperti: "It ain't over 'til it's over" ("Ia belum tamat selagi belum benar-benar tamat") dan "I really didn't say everything I said" ("Saya sebenarnya tak berkata segalanya apa yang telah saya")

  1. ^ Bloom, Barry M. (September 23, 2015). "Yogi was military hero before a baseball star". Major League Baseball. Diarkibkan daripada yang asal pada July 1, 2018. Dicapai pada June 30, 2018.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]