Yokohama (ayam)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Yokohama
Sepasang Yokohama berbahu merah
Nama lainAyam berekor panjang dengan tompokan merah pada bahu
Negara asalJerman
StandardSonderverein (dalam bahasa Jerman)
KegunaanHiasan
Ciri-ciri
BeratJantan: Standard: 2.0–2.5 kg[1]
Bantam: 900 g[2]
 Betina: Standard: 1.3–1.8 kg[1]
Bantam: 700 g[2]
Jenis balungwalnut atau pea
Klasifikasi
APAbaka standard[3]
ABAbalung, kaki licin
EEya[4]
PCGBbulu lembut: ringan[5]
Ayam
Gallus gallus domesticus
Ayam jantan dan betina, ilustrasi dari Geflügel-Album oleh Jean Bungartz, 1885

Yokohama adalah satu baka ayam hiasan yang berasal daripada Jerman. Ia mempunyai warna yang jarang dan bulu ekor yang panjang. Ia dibiakkan oleh Hugo du Roi [de] pada tahun 1880an, dan diterbitkan daripada ayam hiasan yang dibawa masuk ke Eropah daripada Jepun pada separuh kedua kurun ke-19. Ayam ini ada yang dibawa keluar melalui pelabuhan Yokohama Jepun. Di Jerman, nama Yokohama hanya digunakan pada ayam dengan tompokan bahu berwarna putih atau merah;[1] di United Kingdom, ia juga digunakan pada ayam yang mana dikenali sebagai Phoenix, dalam pelbagai warna.[6]:324

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Bermula tahun 1639 sehingga 1854 – hampir keseluruhan zaman Edo – Jepun telah menutup pintunya pada perdagangan asing. Di bawah Konvensyen Kanagawa pada tahun 1854, lima buah pelabuhan telah dibina untuk berdagang dengan dunia luar. Salah sebuah pelabuahan ini adalah Yokohama, yang mana dibuka pada tahun 1859.[7]:7 Antara barangan yang dieksport ke Eropah adalah ayam-ayam tradisional Jepun berekor panjang; eksport pertama yang didokumenkan adalah pada tahun 1864. Pada tahun itu, beberapa ayam telah tiba di Jardin Zoologique d'Acclimatation di Paris, di mana ia telah dinamakan Yokohama bersempena dengan nama pelabuhan asalnya.[8] Dalam beberapa tahun, beberapa ayam telah dibawa masuk ke Jerman, di mana Hugo du Roi [de], presiden pertama Bund Deutscher Rassegeflügelzüchter [de], persatuan unggas kebangsaan Jerman mula membiakkannya. Tidak diketahui sama ada beliau membiak versi berbahu merah dengan proses kacukan atau ayam dengan ciri warna bulu ini telah dibawa masuk daripada Jepun; setelah ayam ini kini tidak dapat lagi ditemui di sini.[6]:323 Yokohama antara baka-baka yang digambarkan oleh Jean Bungartz dalam Geflügel-Album pada tahun 1885.[9]

Beberapa ayam telah dieksport ke United Kingdom, di mana kelab penternak telah ditubuhkan pada tahun 1904. Di mana nama Yokohama telah digunakan pada kedua-dua ayam Yokohama milik du Roi dan satu baka yang agak berbeza di mana beliau telah biakkan dengan nama Phoenix, yang memiliki balung sisir dan julat warna yang lebih banyak.[6]:323

Ayam jenis bantam telah dibiakkan di Jerman dengan cara biasa, di mana ayam Yokohama bersaiz standard dengan ayam bantam lain.[6]:323

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

Yokohama tergolong dalam kategori ayam bersaiz kecil dengan ekor yang sangat panjang, dan tompokan bulu pada bahu berwarna meraha. Balung berbentuk pea atau walnut. Paruh, betis dan kaki pula berwarna kuning.[10]

Di Jerman, dua warna diakui iaitu berbahu merah atau putih.[10] Manakala di United Kingdom, di mana nama Yokohama juga dipakai untuk merujuk ayam yang dikenali di Jerman sebagai Phoenix, di mana terdapat beberapa warna tambahan selain merah dan putih iaitu; kuning berekor hitam, biru-merah, spangled,[6]:328 hitam-merah, kuning emas dan perak.[4] Di Amerika Syarikat, ayam berbahu putih dan merah telah dimasukkan ke dalam Standard Kesempurnaan pada tahun 1981.[3][8]

Kegunaan[sunting | sunting sumber]

Yokohama dibiakkan bertujuan untuk hiasan. Ayam betina yang matang akan bertelur sekitar 80 biji setahun; telurnya berwarna tint dan seberat kira-kira 40 g.[1] Ayam betina bantam secara purata bertelur 90 biji dengan telur seberat 30 g.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d Rassetafeln: Yokohama (in German). Bund Deutscher Rassegeflügelzüchter. Accessed January 2017.
  2. ^ a b c Rassetafeln: Zwerg-Yokohama (in German). Bund Deutscher Rassegeflügelzüchter. Accessed January 2017.
  3. ^ a b APA Recognized Breeds and Varieties: As of January 1, 2012. American Poultry Association. Archived 4 November 2017.
  4. ^ a b Liste des races et variétés homologuée dans les pays EE (28.04.2013). Entente Européenne d’Aviculture et de Cuniculture. Archived 16 June 2013.
  5. ^ Breed Classification. Poultry Club of Great Britain. Archived 12 June 2018.
  6. ^ a b c d e Victoria Roberts (2008). British poultry standards: complete specifications and judging points of all standardized breeds and varieties of poultry as compiled by the specialist breed clubs and recognised by the Poultry Club of Great Britain. Oxford: Blackwell. ISBN 9781405156424.
  7. ^ Erika Arita (24 May 2009). Happy Birthday Yokohama!. The Japan Times. Accessed January 2017.
  8. ^ a b Yokohama Chicken. The Livestock Conservancy. Accessed January 2017.
  9. ^ Jean Bungartz (1885). Geflügel-Album (in German, with 150 illustrations). Lechenich: Ferd. Bungartz.
  10. ^ a b [s.n.] (2008). Yokohama (in German; page 1, page 2). Sonderverein der Züchter der Sumatra, Zwerg-Sumatra, Yokohama und Zwerg-Yokohama. Accessed January 2017.