Yoon Bo-mi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Rencana ini memaparkan nama orang Korea; nama keluarganya Yoon.
Yoon Bo-mi
Yoon Bo-mi, 2017 (cropped).jpg
Latar belakang
Nama lahirYoon Bo-mi (윤보미)
Kelahiran (1993-08-13) 13 Ogos 1993 (umur 26)
Suwon, Gyeonggi, Korea Selatan
GenreK-pop
PekerjaanPenyanyi, pelakon
InstrumenVokal
Tahun aktif2011 - sekarang
Syarikat rakaman
Plan A Entertainment
Kegiatan berkaitan
Apink

Yoon Bo-mi (Hangul: 윤보미; Hanja: 尹普美; lahir 13 Ogos 1993), lebih dikenali sebagai Bomi ialah seorang penyanyi dan pelakon Korea Selatan. Beliau merupakan ahli kumpulan wanita Korea Selatan, Apink.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Yoon Bo-mi dilahirkan di Suwon, Gyeonggi, Korea Selatan pada 13 Ogos 1993.[1] Beliau mempunyai seorang kakak, Yoon Sun-mi dan seorang adik lelaki, Yoon Jong-jin.[2] Beliau menghadiri Sekolah Tinggi Perempuan Youngshin dan kemudiannya Sekolah Tinggi Seni Korea dimana beliau menamatkan pembelajaran pada bulan Februari 2012.

Karier[sunting | sunting sumber]

Bo-mi dan Kim Nam-joo diperkenalkan sebagai ahli kumpulan, Apink melalui rancangan realiti, Apink News.[3]

Pada tahun 2012, Bomi membuat penampilan kameo sebagai Moon Jung-mi sewaktu muda dalam episod 9 drama tvN, Reply 1997 yang dibintangi rakan sekumpulan, Jung Eun-ji.[4] Beliau juga menjadi pengacara dalam rancangan varieti, Weekly Idol dari 17 Julai 2013[5] sehingga 8 Julai 2015.[6] Pada lewat tahun 2013, beliau muncul dalam video muzik K-Hunter untuk lagu "Marry Me" dan tampil dalam lagu M.I.B, "Let's Talk About You".[7][8]

Beliau telah dipilih untuk rancangan varieti, The Human Condition pada tahun 2014[9] dan muncul dalam istimewa wanita Real Men pada awal tahun 2015.[10][11] Pada tahun 2015, beliau ditampilkan dalam lagu David Oh, "I Know, I Know", dikeluarkan pada 11 Mei,[12] dan pada 16 Jun, mengeluarkan lagu duet bersama Im Seulong bertajuk "Lovely" untuk rancangan varieti, Some Guys, Some Girls.[13] Beliau kemudiannya ditampilkan dalam lagu Yoon Hyun-sang, "Let's Eat Together" yang dikeluarkan pada 24 September. Beliau juga membintangi video muzik lagu ini.[14]

Pada bulan September 2015, beliau telah dipilih untuk drama web KBS, Love Detective Sherlock K sebagai Yuna.[15] Yoon dan Kim muncul dalam Sugar Man sebagai Apink BnN pada 20 Oktober.[16] Dalam episod terakhir Weekly Idol pada tahun 2015, Yoon menjadi pengacara tetamu keempat. Pada bulan Januari, Yoon dan Kim berada dalam perbincangan untuk menjadi pengacara baru Tasty Road 2.[17]

Filmografi[sunting | sunting sumber]

Drama televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran
2012 Reply 1997 Moon Jung-mi muda tvN
2015 Love Detective Sherlock K Yuma Naver

Rancangan varieti[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran
2012 1 vs. 100 Tetamu KBS2
2012-2014 Crisis Escape No. 1 Tetamu KBS2
2013-2015 Weekly Idol Tetamu MBC Every 1
2013-2015 Running Man Tetamu SBS
2014 Human Condition Ahli KBS2
2014-2015 Show! Music Core Pengacara MBC
2014 Star King Tetamu SBS
2015 Real Men Ahli MBC
2015 Great Expectations Tetamu MBC

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Bomi Profile". Ogos 12, 2012. Dicapai April 28, 2016. 
  2. ^ "[화보] '에이핑크' 윤보미, "두준오빠와 절친되고 싶어요"". The Star. The Chosun Ilbo. Mei 12, 2011. Dicapai September 21, 2014. 
  3. ^ "7인조 걸그룹 에이핑크, 11일 전 멤버 공개 '개봉박두'". MK Media group. Mac 10, 2011. Dicapai Februari 8, 2015. 
  4. ^ "'Reply 1997' has 18 Cameo Appearances in One Night". MWave. August 22, 2012. Dicapai April 28, 2016. 
  5. ^ Yu Myeong-jun (Disember 3, 2013). "에이핑크 "우리에게 휴식이란 없다"…따로 또 같이". Maeil Broadcasting Network. Dicapai Januari 27, 2015. 
  6. ^ "[단독] '주간아이돌' 정일훈·윤보미 하차…7월 8일 막방". Jun 30, 2015. Dicapai Jun 30, 2015. 
  7. ^ "윤보미 웨딩드레스 자태 "우아한 여신…케이헌터와 '리얼 부부포스'"". Asia Today. Ogos 23, 2013. Dicapai Januari 26, 2015. 
  8. ^ Hong, Grace Danbi (November 27, 2013). "A-Pink's Yoon Bo Mi Features in M.I.B's Newest Single". enewsWorld. Mwave. Dicapai Januari 26, 2015. 
  9. ^ Park Ji-ryeon (Ogos 3, 2014). "윤보미 박은지 '인간의조건' 탈모-피부 정복 미션합류". Newsen. Dicapai Januari 26, 2015. 
  10. ^ Hwang Hye Jin; Hong, Grace Danbi (Januari 2, 2015). "A Pink's Bo Mi, Park Ha Sun, and Ahn Young Mi Look to Join 'Real Man' Female Soldiers Special 2". Newsen. Mwave. Dicapai Januari 2, 2015. 
  11. ^ Hong, Grace Danbi (Januari 19, 2015). "′Real Man′ Rises in Numbers with Female Soldiers Special 2". enewsWorld. Mwave. Dicapai Januari 22, 2015. 
  12. ^ "데이비드 오, 에이핑크 보미와 데뷔 앨범 '입맞춤'". Mei 6, 2015. Dicapai Mei 7, 2015. 
  13. ^ "임슬옹·에이핑크 보미, '썸남썸녀' OST '러블리해' 입맞춤 '달달'". Asia Today. Jun 16, 2015. Dicapai Jun 17, 2015. 
  14. ^ "윤현상 '밥 한 끼 해요' M/V 공개, 에이핑크 윤보미 '여신 비주얼' 눈길". chosun.com. September 24, 2015. Dicapai September 24, 2015. 
  15. ^ "KBS launches more web dramas in new experiment". Yonhap News. September 24, 2015. Dicapai November 1, 2015. 
  16. ^ "B1A4 and A Pink members to revamp hits on JTBC's 'Sugar Man'". AllKpop. Oktober 19, 2015. Dicapai Mac 18, 2016. 
  17. ^ "A Pink's Namjoo and Bomi in Talks to Become "Tasty Road 2" MCs". Soompi. Januari 28, 2016. Dicapai Mac 19, 2016. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]