Pergi ke kandungan

Yoshi's Woolly World

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Yoshi's Woolly World
Logo umum "Yoshi's Woolly World"
PembangunGood-Feel
Nintendo SPD
PenerbitNintendo
PengeluarTakashi Tezuka
SiriYoshi
PlatformWii U
Pelepasan
    GenrePelantaran
    ModSatu pemain, dua atau lebih pemain

    Yoshi's Woolly World adalah sebuah permainan pelantaran berskrol sisi dalam perkembangan oleh Good-Feel untuk konsol permainan video Wii U. Permainan ini adalah permainan video Yoshi untuk konsol rumah yang pertama sejak keluaran Yoshi's Story pada tahun 1998[1]. Ia dijangka dikeluarkan pada pertengahan pertama tahun 2015.

    Permainan

    [sunting | sunting sumber]

    Yoshi's Woolly World adalah sebuah permainan pelantaran di mana pemain mengambil peranan Yoshi. Seakan-akan dengan permainan video terdahulu oleh pembangun Good-Feel iaitu Kirby's Epic Yarn, permainan ini disediakan dalam sebuah dunia di mana semua watak dan persekitaran adalah diperbuat daripada benang dan kain. Yoshi menetapkan kebanyakan pergerakkannya dari siri permainan Yoshi's Island, termasuk penggunaan lidahnya untuk menelan musuh-musuh dan menggunakan lompat kepaknya untuk mencapai tempat-tempat yang susah, dan kebanyakan elemen seperti bunga-bunga dan awan misteri dibawa balik. Namun, tidak seperti permainan lain di mana menelan musuh-musuh akan menghasilkan telur-telur yang boleh dibalingkan oleh Yoshi kemudian, dia menghasilkan, sebagai ganti, bola-bola benang. Bola-bola benang tersebut mempunyai penggunaan berbeza apabila dibuang, seperti mengikat musuh-musuh atau mengisi beberapa jenis pelantar dan objek. Pemain-pemain juga dapat mengumpul burung putih yang membuat pelantar awan sementara apabila dibalingkan. Permainan ini juga menyokong selebih dua pemain bekerjasama, di mana pemain boleh menelan dan membaling temannya, membolehkan mereka untuk mencapai tempat-tempat yang tidak dapat dicapai jika bermain bersendirian. Yoshi juga mempunyai kebolehan menggunakan penukaran benang untuk menyambung melalui permainan ini.[2] Contohnya, Yoshi boleh menukarkan kakinya menjadi roda-roda apabila berlari untuk sebentar waktu.[3]

    Permainan ini juga akan menyokong penggunaan patung Amiibo.[4]

    Pembangunan

    [sunting | sunting sumber]

    Yoshi's Woolly World pertama diumumkan oleh ketua pegawai eksekutif Nintendo Satoru Iwata pada 23 Januari 2013 di bawah nama sementaraan Yarn Yoshi. Permainan tersebut dinyatakan untuk terletak dalam pembangunan oleh Good-Feel dengan pereka permainan Takashi Tezuka mengarah projek tersebut.[5] Permainan ini tidak hadir di E3 2013 tetapi dapat dimain di E3 2014, di mana ia diberikan tempoh masa keluaran sementaraan "pertengahan pertama 2015".[6]

    1. ^ Bell, Kyle (17 Jun 2014). "Nintendo is Back! Wii U Lineup Shows New Swagger for Big N". Game Freaks 365.
    2. ^ "Yoshi's Woolly World". Nintendo. 26 Julai 2014.
    3. ^ "Yoshi's Woolly World preview". Tuppence Magazine. 21 Julai 2014.
    4. ^ Parrish, Robin (14 Jun 2014). "Can Amiibo toys make Nintendo matter again?". Tech Times.
    5. ^ Crecente, Brian (23 Januari 2013). "New Wii U Yoshi game coming from Nintendo". Polygon. Dicapai pada 14 Jun 2014.
    6. ^ "Yoshi's Wooly World for Wii U - Nintendo @ E3". Nintendo. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-10-24. Dicapai pada 11 Jun 2014.

    Pautan luar

    [sunting | sunting sumber]

    Templat:Siri Yoshi Templat:Francais Nintendo