Yoshiaki Yoshimi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Yoshiaki Yoshimi (Jepun: 吉見 義明, Hepburn: Yoshimi Yoshiaki, lahir pada tahun 1946) merupakan seorang professor dalam bidang Sejarah Moden Jepun di Universiti Chuo di Tokyo, Jepun. Dia merupakan ahli pengasas Pusat Penyelidikan dan Dokumentasi kebertanggungjawaban Jepun dalam peperangan (Center for Research and Documentation on Japan's War Responsibility).

Beliau dilahirkan dan berasal dari Wilayah Yamaguchi, dan bergraduat daripada Universiti Tokyo.

Impak penyelidikan[sunting | sunting sumber]

Yoshimi telah melakukan penyelidikan menyeluruh mengenai jenayah perang yang dilakukan oleh Tentera Imperial Jepun dan Tentera Laut Imperial Jepun semasa bahagian pertama zaman Shōwa. Beliau telah menerbitkan hasil kajiannya mengenai penggunaan senjata kimia oleh Jepun, yang diarahkan oleh Michinomiya Hirohito, Maharaja Jepun semasa itu.

Yoshimi kebanyakannya terkenal kerana kerjanya mengenai rekod hamba seks oleh tentera Jepun semasa peperangan. Beliau telah menemui bukti terdokumentasi pertama di "Perpustakaan Agensi Pertahanan" di Tokyo bahawa Tentera Imperial Jepun pernah menubuhkan dan menjalankan "stesen keselesaan" untuk para askar. Beliau menemui banyak dokumentasi dan bukti kesaksian yang membuktikan kewujudan kira-kira 2,000 "pusat keselesaan" di mana sebanyak 200,000 wanita Korea, Filipina, Taiwan, Indonesia, Burma, Belanda, Australia dan Jepun, yang kebanyakannya adalah remaja, dengan umur paling muda adalah berumur empat belas tahun. Wanita-wanita tersebut telah ditahan dan dipaksa melakukan aktiviti seksual dengan tentera Jepun. [1] Salah satu bahagian dalam dokumentasi tersebut adalah notis yang tertulis pada 4 Mac tahun 1938 oleh seorang ajudan kepada Ketua Turus Tentera China Utara dan Tentera Ekspedisi China Tengah bertajuk "Mengenai Pengambilan Wanita untuk Stesen Keselesaan Tentera." Menurut dokumen itu:

“Ramai ejen sepatutnya memerlukan perhatian khusus. Sebahagian daripada mereka telah menggunakan nama tentera sehingga ke tahap boleh menjejaskan kredibiliti tentera dan menyebabkan salah faham di kalangan orang ramai, terutamanya mereka yang merekrut wanita tanpa kawalan melalui wartawan perang atau penghibur, dan yang lain memilih ejen yang salah yang mengambil pendekatan untuk merekrut melalui cara menculik wanita. Pada masa hadapan, tentera di lapangan harus mengawal pengambilan dan memilih agensi dengan teliti dan betul, dan harus membina hubungan yang lebih rapat dengan polis tempatan dan polis tentera tempatan dalam pelaksanaan merekrut wanita. Berhati-hati agar tidak menghadapi masalah yang berpotensi merosakkan kredibiliti tentera atau tidak boleh diterima oleh standard sosial." [2]

Penerbitan dokumen ini telah membawa kepada kenyataan pengakuan oleh Ketua Kabinet: Setiausaha Koichi Kato pada 12 Januari 1993 dan Yōhei Kōno pada 4 Ogos 1993. Kenyataan Kono sangat penting dalam isu wanita di "stesen keselesaan". Yoshimi telah menuduh bekas Perdana Menteri Shinzo Abe dalam kesalahan penafian fakta apabila bekas pemimpin itu menafikan penglibatan tentera wanita penghibur. [3]

Pada Julai 2004, Yoshimi dan ahli sejarah Yuki Tanaka telah mengisytiharkan penemuan dokumen di Arkib Negara Australia yang menunjukkan bahawa gas sianida pernah digunakan untuk uji kaji ke atas tahanan manusia warganegara Australia dan Belanda pada November 1944 di Kepulauan Kai. [4]

Pada 17 April 2007, Yoshimi dan ahli sejarah, Hirofumi Hayashi telah membuat satu sidang akhbar mengumumkan yang bahawa mereka telah menemui dokumen di arkib Tribunal Tokyo yang menunjukkan bahawa ahli Tokkeitai telah memaksa wanita dari Indonesia, Indochina, dan China ke dalam perhambaan seksual dengan aktiviti wanita penghibur. [5]

Penerbitan terpilih[sunting | sunting sumber]

  • Dokugasusen ke Nihongun, Iwanami Shoten, 2004,ISBN 4-00-024128-1
  • 978-0-231-12033-3
  • Yoshimi dan Seiya Matsuno, Dokugasusen Kankei Shiryō II (Bahan pada Peperangan gas beracun), Kaisetsu, Hōkan 2, Jūgonen sensô gokuhi shiryōshū, Funi Shuppankan, 1997
  • Yoshimi dan Kentarō Awaya, Dokugasusen Kankei Shiryō, Jūgonen sensō gokuhi shiryōshū, 18, Fuji Shuppan, 1989

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Yoshimi, Yoshiaki (2000). Comfort Women: Sexual Slavery in the Japanese Military During World War II. ISBN 9780231120333.
  2. ^ The original document can be found under reference code "C04120263400" on Japan Center for Asian Historical Records - National Archives of Japan
  3. ^ "'Comfort women' historian alarmed". 2007-03-12. Dicapai pada 2013-11-28.
  4. ^ Japan tested chemical weapons on Aussie POW, Japan Times, 27-07-2004
  5. ^ Historians find new proofs on sex slaves, Washington Post, 17-04-2007

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]