Yousaf Raza Gillani

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Yousaf Raza Gillani
یوسف رضا گیلانی
Syed Gillani - World Economic Forum on the Middle East 2008.jpg
Perdana Menteri Pakistan
Dalam jawatan
25 Mac 2008 – 19 Jun 2012
PresidenPervez Musharraf
Muhammad Mian Soomro (Pemangku)
Asif Ali Zardari
Didahului olehMuhammad Mian Soomro
Digantikan olehRaja Pervaiz Ashraf
Speaker Perhimpunan Kebangsaan
Dalam jawatan
17 Oktober 1993 – 16 Februari 1997
Didahului olehGohar Ayub Khan
Digantikan olehElahi Bux Soomro
Butiran peribadi
Lahir (1952-06-09) 9 Jun 1952 (umur 67)
Karachi, Pakistan
Parti politikParti Rakyat Pakistan
PasanganFauzia Giillani[1]
Anak-anak5

Syed Makhdoom Yousaf Raza Gilani (Urdu: مخدوم سیّد یوسف رضا گیلانی‎) (lahir 9 Jun 1952 di Karachi) ialah seorang ahli politik Pakistan. Beliau menjawat sebagai Perdana Menteri Pakistan ke-16 dari Mac 2008 hingga Jun 2012, apabila kelayakannya sebagai Ahli Parlimen dibatalkan oleh Mahkamah Agung Pakistan.[2] Beliau merupakan naib pengerusi Parti Rakyat Pakistan kini.

Beliau mula menjadi Ahli Parlimen pada pilihan raya umum 1988, mewakili Multan-IV. Beliau seterusnya dilantik menjadi Menteri Pelancongan di dalam kabinet Benazir Bhutto. Pada 1993 pula, beliau menjadi Speaker ke-15 Perhimpunan Kebangsaan Pakistan, hingga 1997. Beliau kemudian dituduh rasuah dan dipenjarakan mahkamah tentera antara 2001 dan 2006. Pada Mac 2008, beliau terpilih sebagai Perdana Menteri Pakistan, selepas partinya mendapat kemajmukan dalam pilihan raya.

Pada 25 April 2012, Mahkamah Agung Pakistan menyabitkan Gillani melanggar Artikel 63(1) (g) Perlembagaan Pakistan.[3] Mahkamah mendapati beliau sebagai perdana menteri bersalah menghina mahkamah kerana enggan membuka semula kes rasuah terhadap Presiden Asif Ali Zardari, namun cuma memberikan hukuman simbolik "ditahan hingga mahkamah bersurai", hukuman yang berlangsung 30 saat.[4] Akhirnya pada 19 Jun 2012, Mahkamah Agung membatalkan kelayakan dan menyingkirkan Gillani daripada menjadi perdana menteri.[5][6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Sports Desk (23 Januari 2012). "Fauzia Gilani witnesses cricket match". The Nation. Dicapai 26 April 2012. 
  2. ^ Editorial Group Releasing; Supreme Court of Pakistan (19 June 2012). "Gilani disqualified as PM: SC". aljazeera. Dicapai 19 Jun 2012. Yousuf Raza Gilani is disqualified from membership of parliament from April 26, the date of his conviction. He has also ceased to be the prime minister of Pakistan 
  3. ^ Press Monitoring Unit Directorate (PMUD) (26 April 2012). "Timeline of Gilani contempt verdict". The News International. Dicapai 26 April 2012. 
  4. ^ John Chalmers (26 April 2012). "Pakistan PM convicted of contempt, receives no jail time". Yahoo news. Diarkibkan daripada asal pada 29 April 2012. Dicapai 26 April 2012. 
  5. ^ "Pakistan Supreme Court bans PM Gilani from office". BBC. 19 Jun 2012. 
  6. ^ Siaran Akhbar (19 June 2012). "Gilani disqualified as PM: SC". The News International. Dicapai 19 Jun 2012. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Jawatan politik
Didahului oleh
Gohar Ayub Khan
Speaker Perhimpunan Kebangsaan
1993–1997
Diikuti oleh:
Elahi Bux Soomro
Didahului oleh
Muhammad Mian Soomro
Perdana Menteri Pakistan
2008–2012
Diikuti oleh:
Raja Pervaiz Ashraf