Yu Darvish
Yu Darvish | ||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
![]() Darvish bersama Texas Rangers pada 2012 | ||||||||||||||||||||
San Diego Padres – No. 11 | ||||||||||||||||||||
Pelempar | ||||||||||||||||||||
Dilahirkan: Habikino, Osaka, Jepun | 16 Ogos 1986||||||||||||||||||||
| ||||||||||||||||||||
Debut profesional | ||||||||||||||||||||
NPB: 15 Jun, 2005, untuk Hokkaido Nippon-Ham Fighters | ||||||||||||||||||||
MLB: 9 April, 2012, untuk Texas Rangers | ||||||||||||||||||||
Statistik NPB | ||||||||||||||||||||
Rekod menang–kalah | 93–38 | |||||||||||||||||||
Purata peroleh larian | 1.99 | |||||||||||||||||||
Strikeout | 1,250 | |||||||||||||||||||
Statistik MLB (melalui 2022) | ||||||||||||||||||||
Rekod menang–kalah | 95–75 | |||||||||||||||||||
Purata peroleh larian | 3.50 | |||||||||||||||||||
Strikeout | 1,788 | |||||||||||||||||||
Pasukan | ||||||||||||||||||||
| ||||||||||||||||||||
Kerjaya cemerlang dan anugerah | ||||||||||||||||||||
| ||||||||||||||||||||
Pingat
|
Yu Darvish
| |||||
---|---|---|---|---|---|
Nama Jepun | |||||
Kanji: | ダルビッシュ 有 | ||||
Hiragana: | だるびっしゅ ゆう | ||||
|
Farid Yu Darvishsefat (ダルビッシュ・セファット・ファリード・有, Darubisshu Sefatto Farīdo Yū, lahir 16 Ogos 1986), lebih dikenali sebagai Yu Darvish (ダルビッシュ 有), merupakan pemain besbol profesional Jepun yang beraksi sebagai pelempar untuk pasukan San Diego Padres dari Major League Baseball (MLB). Darvish juga pernah bermain untuk pasukan lain di MLB iaitu Texas Rangers, Los Angeles Dodgers dan Chicago Cubs manakala di saingan Nippon Professional Baseball pula, beliau beraksi untuk pasukan Hokkaido Nippon-Ham Fighters. Di peringkat antarabangsa, Darvish mengambil bahagian di Sukan Olimpik 2008 dan kejohanan World Baseball Classic 2009 sebagai anggota pasukan kebangsaan Jepun.[1]
Beliau dianggap sebagai salah seorang pelempar terbaik di dunia besbol Jepun sebelum beliau berhijrah ke Major League Baseball pada tahun 2012.[2][3] Semasa musim sulungnya di Amerika, Darvish menduduki tempat ketiga sebagai Rookie Terbaik Liga Amerika (AL) hasil pengundian. Pada musim berikutnya, beliau di tempat kedua bagi undian Anugerah Cy Young apabila beliau mengetuai strikeout terbanyak Major League dengan 277 catatan strikeout selain menduduki tempat keempat sebagai ERA terbaik di AL iaitu pada 2.83. Pada 6 April 2014, Darvish mencapai rekod 500 strikeout dalam inning yang sedikit berbanding mana-mana pelempar pemula sepanjang sejarah MLB.
Catatan[sunting | sunting sumber]
- ^ "Darvish, young pitchers set to play vital role in WBC title defense". The Japan Times. 24 February 2009. Dicapai pada 4 November 2010.
- ^ "texas-rangers-acquire-rights-negotiate-japan-yu-darvish". ESPN. 20 December 2011. Dicapai pada 20 December 2011.
- ^ "Yu Darvish, Japan's Pitching Phenom, Wants to Play Major League Baseball". The Atlantic. 8 December 2011. Dicapai pada 8 September 2021.
Pautan luar[sunting | sunting sumber]
![]() |
Wikiquote mempunyai koleksi petikan mengenai: Yu Darvish |
![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Yu Darvish |
- Templat:Japanesebaseball
- Yu Darvish at JapaneseBallPlayers.com
- Tapak web rasmi (dalam bahasa Jepun)
- Saluran Yu Darvish di YouTube (dalam bahasa Jepun)
- Saluran ダルビッシュのゲームちゃんねる(Darvish’s game) di YouTube (dalam bahasa Jepun)
- Rencana dengan sumber bahasa Jepun (ja)
- Kelahiran 1986
- Orang hidup
- Orang Jepun berketurunan Iran
- Pemain besbol Jepun
- Pemain World Baseball Classic 2009
- Pemain World Baseball Classic 2023
- Pemain Chicago Cubs
- Pemain Hokkaido Nippon-Ham Fighters
- Pemain Los Angeles Dodgers
- Pelempar Major League Baseball
- Pemain Major League Baseball dari Jepun
- Pemain San Diego Padres
- Pemain Texas Rangers