Yu Kikumura

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Yū Kikumura di ADX Florence.
USP Florence ADMAX, di mana Kikumura telah dipenjarakan

Yū Kikumura (Jepun: 菊村 憂, Hepburn: Kikumura Yū, lahir 1947) merupakan salah seorang ahli Japanese Red Army, sebuah pertubuhan militan bersentaja.

Polis telah menahan Kikumura di Lapangan Terbang Schiphol, Amsterdam pada 1986 apabila mereka mendapati beliau membawa sebutir bom di dalam bagasinya. Selepas empat bulan di dalam penjara, hakim mendapati penggeledahan bagasi yang dilakukan adalah tidak sah dan beliau telah dihantar pulang ke Jepun.[1]

Beliau kemudiannya telah ditahan pada 12 April 1988 di New Jersey Turnpike kerana mencurigakan. Kikumura didapati membawa tiga biji bom paip berukuran 18 inci (46 cm) yang terkandung dalam alat pemadam api. Pendakwaraya percaya bahawa Kikumura merancangan untuk mengebom pejabat pengambilan Tentera Laut Amerika Syarikat di bangunan Pentadbiran Veteran di Jalan 34, Manhattan pada 14 April, iaitu ketika ulangtahun pendudukan A.S. ke atas Libya. [2] Pada 29 November 1988, Kikumura dijatuhkan hukuman penjara selama 30 tahun.[1] Kemudian wakil A.S. Samuel Alito mewakili pihak pendakwaan. Pada tahun 1991, hukumannya dikurangkan kepada 21 tahun dan 10 bulan.[1]

Kikumura, telah dibebaskan pada 18 April 2007.[3] Beliau telah menjalani hukuman penjara selama 221 bulan (lebih dari hukuman selama 18 tahun) di Florence ADMAX USP.[1]

Beliau telah dihantar pulang ke Jepun melalui Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco. Setibanya beliau di Jepun, beliau telah ditahan serta-merta atas pertuduhan memalsukan dokumen rasmi dan dibebaskan pada Oktober 2007.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d Kushner, Harvey W (December 4, 2002). Encyclopedia of Terrorism. SAGE Publications. m/s. 203–. ISBN 978-1-4522-6550-6.
  2. ^ Hanley, Robert (February 4, 1989). "U.S. Links Man With 3 Bombs To a Terror Plot". The New York Times. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  3. ^ "Yu Kikumura." Federal Bureau of Prisons. Retrieved on January 6, 2010.
  4. ^ [1]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]