Limau Yuzu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Yuja)

Yuzu
ليماو يوزو
Buah yuzu di pohon
Pengelasan saintifik
Alam:
Divisi:
Kelas:
Subkelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
C. ichangensis x C. reticulata var. austera
Nama binomial
Citrus ichangensis x Citrus reticulata var. austera

Limau Yuzu atau Oren Yuzu (Citrus ichangensis × C. reticulata, sebelumnya C. junos Siebold ex. Tanaka; bahasa Jepun ユズ, 柚, 柚子 (yuzu); Hangul: 유자 (yuja); berasal dari bahasa Tionghoa: 柚子, yòu zi) adalah sejenis tumbuhan citrus atau limau yang berasal dari Asia Timur. Limau Yuzu adalah limau yang berada sub-keluarga Limau Mandarin dan citrus ichangensis. Buah Limau Yuzu umumnya sedikit lebih kecil dari grapefruit dengan kulit yang kasar, serta warnanya hijau hingga kuning kejinggaan bergantung kepada tahap keranumannya. Ukuran buahnya (diameter) berkisar diantara 5,5 cm hingga 7,5 cm, tapi ada juga buah Limau Yuzu ini yang sebesar grapefruit (diameter 10 cm atau lebih).

Tanaman ini berasal dari China dan tumbuh secara liar di China khususnya berdekatan dengan wilayah Tibet. Yuzu diperkenalkan ke Jepun dan Korea sejak zaman Dinasti Tang lagi, penghasilannya telah menampakkan peningkatan secara ketara pada ketiga-tiga negara tersebut.

Buah Limau Yuzu sangat tahan/rentan terhadap keaadaan cuaca yang bersifat agresif seperti ia mampu bertahan dalam keadaan sejuk beku sehingga -5 °C dimana sebahagian besar tanaman limau tidak boleh hidup subur pada cuaca sedingin itu. Di Jepun, Hanayuzu (花ゆず atau 花柚) adalah sebutan bagi pohon pokok Liamu Yuzu yang hanya untuk dinikmati keindahan bunganya sahaja.

Penggunaan dalam budaya Jepun dan Korea[sunting | sunting sumber]

Isi Limau Yuzu rasanya agak masam, dan lebih masam dari grapefruit. Buahnya jarang dimakan, namun kerana aromanya yang kuat, ia sering digunakan untuk dijadikan pewangi masakan atau bahan tambah (food additive) di dalam aktiviti kulinari Jepun dan Korea. Ketika ini, ekstrak minyak Limau Yuzu juga banyak digunakan sebagai bahan tambah bernutrisi dalam membuat pewangi dan bahan kosmetik seperti krim dan sabun penjagaan muka dan wajah. Di Jepun, terdapatnya suatu adat mandi bersama jus Limau Yuzu yang begitu popular yang diadakan pada musim Toji (solstis musim sejuk).

Rujukan[sunting | sunting sumber]


Pautan luar[sunting | sunting sumber]