Yuji Hyakutake

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Yuji Hyakutake
Kelahiran 7 Julai 1950
Shimabara, Nagasaki
Meninggal dunia 10 April 2002
Kokubu, Kagoshima
Warganegara  Jepun
Terkenal kerana Penemuan komet C/1995 Y1 dan C/1996 B2

Yuji Hyakutake (百武 裕司, Hyakutake Yūji, 7 Julai 1950 – 10 April 2002) ialah ahli falak amatur dari Jepun yang menemui komet C/1996 B2 atau juga dikenali sebagai komet Hyakutake pada 31 Januari 1996.[1]

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Hyakutake dilahirkan di Shimabara, wilayah Nagasaki pada 7 Julai 1950. Beliau telah menamatkan pengajiannya di Sekolah Tinggi Nagasaki-kita Wilayah Nagasaki dan Universiti Kyushu Sangyo di mana beliau mengambil jurusan fotografi.

Pada 1994, Hyakutake berpindah ke wilayah Kagoshima untuk mencari komet.[2] Penemuan pertama beliau setelah berpindah ialah komet Hyakutake (C/1995 Y1) pada 26 Disember 1995.[3] Beberapa minggu kemudian, beliau berjaya menemui komet C/1996 B2 pada 31 Januari 1996 semasa mencari-cari komet C/1995 Y1.[4][5]

Hyakutake meninggal dunia pada 10 April 2002 di Kokubu, Kagoshima pada usia 51 tahun[2] disebabkan aneurisme, yang membawa kepada pendarahan dalaman.[6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Komet telah ditemui pada 30 Januari 1996 (waktu tempatan: 31 Januari), lihat: "IAU Circular No. 6299" (dalam bahasa Inggeris). Biro Pusat Telegram Astronomi. 31 Januari 1996. 
  2. ^ a b "コメットハンター 百武裕司氏の訃報" (dalam bahasa Jepun). AstroArts. 12 April 2002. Dicapai 1 Februari 2018. 
  3. ^ Burnham, Robert (28 Januari 1997). Comet Hale-Bopp: Find and Enjoy the Great Comet. Cambridge University Press. m/s. 51-52. ISBN 0521586364. 
  4. ^ Ferris, Timothy (18 Disember 2012). Seeing in the Dark: How Amateur Astronomers Are Discovering the Wonder. Simon dan Schuster. m/s. 152. 
  5. ^ Levy, David (11 Disember 2012). Comets: Creators And Destroyers. Simon dan Schuster. 
  6. ^ International Comet Quarterly. 23-24. Jabatan Fizik dan Astronomi, Universiti Negeri Appalachian. 2001. m/s. 236. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]