Yuno Scrya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Yuno Scrya
Watak 'Magical Girl Lyrical Nanoha'
Kemunculan pertama

Disuarakan oleh

Kaori Mizuhashi
Profil
Dunia Asal

Mid Childa
Informasi
Sistem Magis

Mid Childa
Master

Takamachi Nanoha
Jenis Kuasa

Defencer/Pertahanan


Yuno Scrya (Jepun: ユーノ・スクライア, Hepburn: Yuno Sukuraia) ialah watak fiksyen dalam siri anime Magical Girl Lyrical Nanoha yang ditayangkan di ntv7 pada tahun 2007 di Malaysia. Siri anime ini terbahagi kepada 5 musim iaitu Magical Girl Lyrical Nanoha, Magical Girl Lyrical Nanoha A's, Magical Girl Lyrical Nanoha Strikers, dan diikuti dengan Manga-nya yang lain iaitu, Magical Girl Lyrical Nanoha Vivid dan Magical Chronicle Lyrical Nanoha Force. Pada musim pertama, Yuno ialah seekor familiar @ haiwan penjaga dari Mid Childa, yang diutus ke dimensi Earth @ Bumi untuk mengumpul Jewel Seed yang bertaburan hasil letupan di lokasi arkeologi. Dalam melaksanakan tugasnya, Yuno bertemu dengan Takamachi Nanoha. True form @ bentuk asalnya ialah seekor feret. Seperti Arf, Yuno juga boleh menjelma dalam bentuk manusia berjantina lelaki. Pada musim kedua dan ketiga, Yuno telah bekerjasama dengan Time Space Administration Bureau @ Jabatan Angkasa Bureau.

Yuno dalam Musim Pertama[sunting | sunting sumber]

Yuno tinggal di dimensi Lokasi Mid Childa iaitu dunia magis sebagai arkeologi. Yuno tidak mempunyai ibu bapa dan diberasarkan oleh Scrya.Dan oleh sebab itu Yuno menggunakan nama Keluarga Scrya. Yuno mencipta intelligent device @ senjata yang hebat iaitu Raging Heart. Tetapi Yuno hanya berbakat dalammemberi sokongan kekuatan dan pertahanan. Yuno lemah dalam melakukan serangan dan tidak dapat menguasai Raging Heart dengan sempurna. Yuno terpaksa turun ke dimensi Bumi kerana dia perlu mencari Jewel Seed iaitu permata kajiannya yang jatuh berselerakan di Bumi kerana berlakunya letupan yang tidak diduga.

Apabila Yuno tiba di Bumi, Yuno diserang oleh rasaksa yang besar dan gagal mengumpul Jewel Seed. Kekuatannya yang semakin lemah menyebabkan dirinya bertukar menjadi feret dan dia terpaksa menyeru Takamachi Nanoha dalam mimpinya. Nanoha yang kebetulan melalui kawasan pertempuran itu bertemu dengan Yuno dan membawa Yuno ke klinik haiwan. Yuno berhubung dengan Nanoha melalui telepati. Pertama kali Nanoha memegang Raging Heart, Yuno begitu terkejut kerana Nanoha tidak perlu mengakses Raging Heart. Cukup dengan hanya berkata, Raging Hearto! Onegai!! Raging Heart boleh diaktifkan dengan begitu mudah oleh Nanoha. Mulai sejak itu, Yuno tinggal bersama sama dengan Nanoha dan Yuno sering dipegang dan dibelai oleh kakak Nanoha, Takamachi Miyuki.

Dalam menjejaki Jewel Seed, mereka bertemu dengan Fate testarossa dan familiarnya, Arf Testarossa. Berlakulah pertarungan yang dasyat antara mereka berempat. Yuno cuba pertahankan Nanoha begitu juga dengan Arf yang cuba mempertahankan Masternya, Fate. Mereka terus bertarung dan bertarung sehinggalah peringkat akhir di mana Jabatan Angkasa Bureau mula campur tangan. Setelah Arf dan Fate di tahan, Arf mula bekerjasa dengan Yuno dan juga Nanoha untuk menangkap Precia Testarossa. Mereka akhirnya berjaya menamatkan misi di musim pertama.

Yuno di musim kedua[sunting | sunting sumber]

Yuno berjaya membantu Fate dalam peperiksaannya, tetapi Yuno tetap tidak dapat bersefahaman dengan Chrono Harlaown yang asyik mengusiknya. Musim kedua dikejutkan dengan serangan dari Guardian Knight yang mencuri Linker Core daripada Mage yang lain. Yuno tiba di episod pertama untuk mengubati Nanoha yang teruk dibelasah oleh Vita iaitu salah seorang daripada Guardian Knight. Yuno menjadi amat berguna dalam pertarungan ini kerana Yuno berperanan sebagai Perawat kecederaan dan juga Pemecah Penghadang yang dibuat oleh Shamal.

Arf dan Yuno

Apabila perlawanan ditangguhkan, Yuno kembali ke bentuk feret dan tinggal bersama sama dengan Nanoha. Yuno lebih rapat dengan Arf yang kelihatan lebih kecil. Yuno juga sering menjadi mangsa apabila Chrono selalu saja bergaduh dengannya. Begitu juga dengan Nanoha, Yuno digigit oleh Nanoha kerana Nanoha mimpi dia memakan ubi bakar. Akibatnya, Yuno yang digigitnya. Yuno dan ahli Jabatan Angkasa Bureau yang lain memberi kerjasama yang sepenuhnya semasa memerangi kebangkitan Book Of Darkness @ Buku Kezaliman kali kedua. Yuno bergabung dengan Arf dan juga Shamal yang telah menjadi seorang yang baik demi kebahagiaan Masternya, Yagami Hayate.Oleh kerana usaha mereka yang besar, mereka akhirnya telah berjaya mengalahkan Buku Kezaliman. Setelah 6 tahun, Yuno bekerja untuk Jabatan Angkasa Bureau dalam bidang penyelengaraan Buku di Perpustakaan Infiniti.

Yuno dalam musim ketiga[sunting | sunting sumber]

Yuno muncul buat pertama kali dalam musim ketiga pada episod 7 di Hotel Augusta. Oleh kerana jawatannya ialah Ketua Perpustakaan bagi Perpustakaan Infinity, dan Yuno berpengalaman dalam arkeologi, Yuno telah dipanggil untuk memberi ucapan mengenai Magic Relics. Pada episod 8, Yuno amat gembira melakukan reunion bersama sama dengan Nanoha, menandakan persahabatan mereka masih kukuh. Yuno juga muncul dalam episod 21, dengan Arf untuk memberitahu Chrono bahawa data tidak mencukupi mengenai Saint Cradle. Yuno tidak terlibat secara langsung dalam perlawanan seperti musim pertama dan kedua, sebaliknya Yuno hanya bekerja dalam pejabat untuk memproses dan mengakses data.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Tontonan langsung dari ntv7 dan rujukan dari Wikipedia bahasa Inggeris