Yunus Alif

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Yunus Alif
Maklumat peribadi
Nama penuh Ahmad Yunus bin Mohd Alif
Tarikh lahir (1958-05-27) 27 Mei 1958 (umur 65)
Tempat lahir Terengganu, Malaysia
Posisi permainan Penyerang
Maklumat kelab
Kelab terkini
PBAPP FC
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1976–1978 Terengganu FA
1979–1990 Pahang FA
Pasukan kebangsaan
1978-1987 Malaysia 19 (2)
Pasukan diurus
1995-1998 Pahang FA
1998-2000 Terengganu FA
2001-2003 Pahang FA
2003-2004 Penang FA
2005-2008 Terengganu FA
2008-2009 Proton FC
2010 Perlis FA
2011–2012 PBDKT T-Team FC
2013 Perlis FA
2013- PBAPP FC
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

Dato' Ahmad Yunus bin Mohd Alif (lahir pada 27 May 1958 di Terengganu) lebih dikenali sebagai Yunus Alif merupakan seorang bekas pemain bola sepak Malaysia dan kini berkhidmat sebagai jurulatih bola sepak.

Karier[sunting | sunting sumber]

Pemain[sunting | sunting sumber]

Yunus telah bermain untuk Terengganu FA dan Pahang FA dalam kejohanan Piala Malaysia dan Liga Semi-Pro, dan telah menjulang kejuaraan Piala Malaysia pada tahun 1983. Yunus juga muncul sebagai penjaring terbanyak kejohanan liga pada 1988.

Yunus bermain untuk Malaysia dari 1978 sehingga 1987. Beliau membuat penampilan sulungnya bersama Malaysia di kejohanan Piala Raja Thai 1978 yang menyaksikan Malaysia muncul sebagai juara.[1] Beliau menjaringkan satu gol ketika menewaskan Jepun 2-1 dalam perlawanan kelayakan Olimpik 1984.[2] Beliau juga menjaringkan satu gol ketika menewaskan Nepal 5-0 dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 1986.[3]

Adik beradik Yunus, Abdah Alif dan Najib Alif juga bekas pemain bola sepak, dan Abdah juga pernah menyertai skuad Malaysia.

Jurulatih[sunting | sunting sumber]

Sebagai jurulatih, Yunus telah melatih pasukan Pahang FA,Terengganu FA, Penang FA, Perlis FA, Proton FC, PBDKT T-Team FC dan kini PBAPP FC.[4][5][6][7][8][9][10]

Antara kejayaan Yunus sebagai jurulatih ialah membawa Pahang ke perlawanan akhir Piala Malaysia 1995 dan 1997, di mana kedua-duanya berakhir dengan kekalahan kepada Selangor FA, menjuarai Liga Malaysia tahun 1995, dan naib juara Piala FA Malaysia 1995. Bersama Terengganu, Yunus telah memenangi Piala FA pada tahun 2000 dan naib juara Piala FA tahun 1999.[11]

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Shock pull-out of Selangor players - The Straits Times, 24 April 1978.
  2. ^ Towkay calls the tune - The Straits Times, 19 April 1984.
  3. ^ Jokes aside, our men stop at five - New Straits Times muka surat 24, 1 April 1985. (Muka surat 13 menerusi Google Newspaper)
  4. ^ http://news.google.com/newspapers?nid=1309&dat=19950111&id=zs5OAAAAIBAJ&sjid=ahMEAAAAIBAJ&pg=5300,262613
  5. ^ "Yunus game for new challenge with Proton". Thestar.com.my. 2008-10-31. Dicapai pada 2012-05-22.
  6. ^ "Yunus Alif takes over T' Team | Malaysian Football Team News, Results & Ranking | Sports". Sports.mylaunchpad.com.my. 2010-12-02. Dicapai pada 2012-05-22.
  7. ^ http://www.sports247.my/2012/12/nomad-yunus-on-the-move-again/
  8. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-10-06. Dicapai pada 2014-01-10.
  9. ^ "Yunus Alif Lega Tiga Pemain Tonggaknya Bebas", 26 Januari 2011, Daily Mail. Diambil pada 2011-01-27.
  10. ^ "Yunus Alif jurulatih baru Perlis", 15 April 2010, Utusan Malaysia Online. Diambil pada 2011-01-27.
  11. ^ http://news.google.com/newspapers?nid=1309&dat=20000611&id=XwEzAAAAIBAJ&sjid=hBQEAAAAIBAJ&pg=6427,6309227
  12. ^ DUA KSU dahului senarai penerima darjah, pingat Pahang

Pautan luar[sunting | sunting sumber]