Yura Borisov (pelakon)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Yura Borisov
Kelahiran
Yuri Alexandrovich Borisov

(1992-12-08) 8 Disember 1992 (umur 28)
WarganegaraRusia
Nama lainYura
PekerjaanPelakon
Tahun aktif2010–sekarang
PasanganAnna Borisova
Anak2

Yuri "Yura" Alexandrovich Borisov (Bahasa Rusia: Ю́рий Алекса́ндрович Бори́сов, juga tr. Yuriy Aleksandrovich Borisov; lahir 8 Disember 1992) ialah seorang pelakon Rusia. Pemenang Anugerah Helang Emas - 2021.[1]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Borisov dilahirkan di Reutov, Wilayah Moscow berhampiran Moscow. Pada tahun 2013 beliau lulus dari Sekolah Teater Tinggi Shchepkin (kursus Vladimir Mikhailovich Beilis dan Vitaly Nikolayevich Ivanov), dan memenangi anugerah Golden Leaf dalam kategori Pelakon Terbaik untuk peranan Alexander Tarasovich Ametistov dalam drama Zoykina's Apartment.

Kerjaya lakonan[sunting | sunting sumber]

Yura mula bekerja sebagai pelakon filem pada 2010, dan memainkan peranan utama dalam pelbagai siri televisyen. Pada 2013-14 dia bekerja di teater Moscow "Satyricon".

Pada 2019, dia membintangi filem The Bull, yang mana dia telah dicalonkan untuk ke-18 Golden Eagle Awards 2020 dalam kategori Pelakon Utama Terbaik, dan turut menerima anugerah "Event of the Year" daripada majalah "Kinoreporter" dalam kategori "Discovery of the Year". Beliau juga memainkan peranan kecil dalam filem T-34 (filem 2019), Union of Salvation (filem 2019, dan Invasion (filem 2020).

Pada Februari 2020, filem AK-47 telah dikeluarkan, di mana Yura Borisov memainkan peranan utama - Mikhail Kalashnikov, dan menerima ulasan positif daripada pengkritik filem. Untuk peranan ini dia telah dianugerahkan Anugerah Helang Emas - 2021.

2021 merupakan tahun yang sangat sibuk untuk Yura Borisov - dia bermain dalam 8 filem cereka yang dikeluarkan pada 2021. Pada 2021 Yura memainkan peranan utama dalam filem Finland-Rusia Kompartmen No. 6 arahan Juho Kuosmanen, yang memenangi Grand-Prix pada 2021 Festival Filem Cannes.

Filmografi terpilih[sunting | sunting sumber]

Senarai penghargaan filem
Tahun Judul Watak Catatan
2011 Elena Kawan Sasha
2018 Coach peminat
2018 Crystal Swan Alik
2019 T-34 Serafim Ionov [2][3]
2019 The Bull Anton Bykov
2019 The Port
2019 Union of Salvation Anton Arbuzov
2020 Invasion Kapten Ivan 'Vanya' Korobanov
2020 AK-47 Mikhail Kalashnikov [4]
2020 The Silver Skates Alexey "Alex" Tarasov [5]
2020 Has Anyone Seen My Girl? Sergei
2021 Compartment No. 6 Vadim
2021 Petrov's Flu Sasha
2021 Gerda Oleg
2021 Captain Volkonogov Escaped Kapten Volkonogov

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Templat:Russia-actor-stub