Pergi ke kandungan

Yus Jambu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Yus Jambu
Kelahiran
Yussry bin Edoo

(1976-03-15)15 Mac 1976
Kampung Neesam, Bintong, Kangar, Perlis, Malaysia
Meninggal dunia30 November 2015(2015-11-30) (umur 39)
Sebab kematianSesak nafas
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Kampung Neesam, Bintong, Kangar
Nama lainYus Raja Lawak, Pak Yus, Yus Jambu
PekerjaanPelawak, pelakon, penyanyi, pengacara
Tahun aktif2001–2015
Karya
Filemografi
IbuManis binti Ismail
BapaEdoo bin Ismail
Kerjaya lawak
MediaTelevisyen dan filem
GenreKomedi, satira, cereka
SubjekLawak jenaka

Yussry Edoo (15 Mac 1976 – 30 November 2015) atau lebih dikenali sebagai Yus Jambu atau lebih mesra dengan panggilan Pak Yus, ialah seorang pelawak, pelakon, penyanyi dan penghibur yang serba boleh di Malaysia.

Kehidupan awal

Beliau dilahirkan pada 15 Mac 1976 dan dibesarkan di Kampung Nesam, Bintong, Kangar, Perlis. Beliau merupakan anak bongsu daripada tiga beradik. Menamatkan pengajian di Sekolah Menengah Syed Alwi, Kangar. Beliau mula bergiat dan menggilap bakatnya dalam bidang seni melalui teater.

Kerjaya

Kerjaya seni beliau bermula bila menyertai Sinaran Pasport Kegemilangan pada tahun 2001 anjuran sebuah televisyen tempatan. Tetapi nasib beliau kurang baik apabila tidak berjaya dalam program tersebut. Namun beliau tidak berputus asa. Pada tahun 2007 beliau mencuba nasib sekali lagi, kali ini di program Raja Lawak Astro yang pertama kali diadakan. Percubaan beliau nampaknya tidak sia-sia apabila beliau diumumkan sebagai Juara program tersebut pada 11 Mac 2007.

Kematian

Beliau meninggal dunia pada 30 November 2015 dipercayai akibat sesak nafas.[1][2]

Pada tanggal 30 November 2015, pemergian Yus telah mengejutkan rakyat Malaysia. Beliau sempat memberikan persembahan di Dataran Merdeka sebelum diumumkan pemergiannya oleh Tauke Jambu di akaun Instagramnya. Yus dikatakan mengalami sesak nafas dan meninggal di Hospital Selayang pada pukul 12.30 pagi. Ramai artis yang hadir di hospital berikut sehingga berita kematian Yus diumumkan. Nabil Ahmad terus bergegas ke hospital tersebut selepas sahaja mengacarakan program Gegar Vaganza (musim 2). Turut bersedih dengan pemergian Yus ialah Afdlin Shauki yang menyatakan salam takziahnya menerusi akaun Facebook dan Instagramnya.[1][2]

Filemografi

Diskografi

Single

  • Kita Berdua (Duet bersama Nina)
  • Bukan Kerna Nama
  • Boss (Bersama Cat Farish)
  • Angkara (Bersama Toi)
  • Jiman Kawan Aku (Lawak 24 Jam)

Anugerah dan pencalonan

Rujukan

  1. ^ a b "Yus Jambu meninggal dunia, dipercayai sesak nafas". Sinar Harian. 30 November 2015. Dicapai pada 30 November 2015.
  2. ^ a b Ab Rahman, Farhana (30 November 2015). "Rakan artis terkejut pemergian Allahyarham Yus Jambu". Berita Harian. Dicapai pada 30 November 2015.

Pautan luar