Yusrizan Usop

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Bob Yusof
Nama lahirYusrizan bin Usop
Juga dikenali sebagai
Bob
Kelahiran (1981-07-30) 30 Julai 1981 (umur 37)
Limbang, Sarawak
Berasal dari Malaysia
PekerjaanPenyanyi
Pelakon
InstrumenVokal
Tahun aktif2004 – kini
Kegiatan berkaitan
Akademi Fantasia musim kedua

Yusrizan Usop (lahir 30 Julai 1981) atau lebih dikenali sebagai Bob merupakan salah seorang penyanyi Malaysia.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Yusrizan Usop berjaya mendapat tempat kelima dalam Akademi Fantasia Musim 2.

Beliau pernah menyertai Anugerah Juara Lagu menerusi lagu Hantaran Hati (2006)i dan sebagai penyanyi gantian Faizal Tahir pada tahun seterusnya menerusi lagu Kasih Tercipta. Penyanyi asal lagu itu tidak dapat bertanding kerana telah dilarang muncul di stesen televisyen swasta selepas kontroversi menanggalkan baju semasa konsert ulangtahun keempat 8TV, dua minggu sebelum acara diadakan pada 27 Januari 2008. Namun, nasib tidak menyebelahi kedua-dua lagu ini untuk memenangi sebarang kategori.

Ada juga lagu nyanyiannya yang berjaya ke separuh akhir Muzik Muzik, namun tidak berjaya ke Anugerah Juara Lagu, seperti Cinta Seorang Teman dan Cinta Terhalang.

Diskografi[sunting | sunting sumber]

  • Hantaran Hati (2006)
  • Cinta Terhalang (2008) (single)ii

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

  • Cinta Kura - Kura (2012) sebagai Yusof

Program TV[sunting | sunting sumber]

  • Akademi Fantasia : Musim Kedua (2004) sebagai peserta
  • Super Karoks Koolfm (2017) sebagai peserta - kumpulan Gitewlaa dan berkumpulan dengan Syura Badron.

Catatan[sunting | sunting sumber]

i Penyanyi asal lagu ini, Rosiah Chik, meninggal dunia pada 20 Januari 2006. Ketika lagu ini dinyanyikan di Separuh Akhir Muzik Muzik 21 dan Anugerah Juara Lagu ke-21, pasangan duetnya ialah Aspalela Abdullah.
ii Lagu asal ialah Cinta Khayalan nyanyian peserta musim kelapan yang juga juara rancangan realiti tersebut, Stracie Angie Anam.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]