Pergi ke kandungan

Yusuf Islam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Yusuf Islam
Maklumat latar belakang
Nama lahirSteven Demetre Georgiou Sunting nilai ini di Wikidata
Juga dikenali
sebagai
Cat Sunting nilai ini di Wikidata
Kelahiran21 Julai 1948 Sunting nilai ini di Wikidata
Marylebone (en) Terjemah Sunting nilai ini di Wikidata
WarganegaraUnited Kingdom Sunting nilai ini di Wikidata
GenreRock rakyat
Pop
PekerjaanPemuzik, penyanyi-penggubah lagu, penyanyi, pemain gitar, artis rakaman dan penggubah Sunting nilai ini di Wikidata
Alat muzikGitar, piano, gitar bes dan suara Sunting nilai ini di Wikidata
Tahun aktif1966 Sunting nilai ini di Wikidata
DiskografiLihat: Cat Stevens discography (en) Terjemah Sunting nilai ini di Wikidata
Syarikat rakamanIsland Records
Decca Records (mul) Terjemah
Atlantic Records
A&M Records
Deram (en) Terjemah Sunting nilai ini di Wikidata
Anggota keluarga/pasangan
IbuIngrid Wickman (mul) Terjemah Sunting nilai ini di Wikidata
BapaStavros Georgiou (mul) Terjemah Sunting nilai ini di Wikidata
Pautan berkaitan
Tapak sesawangcatstevens.com Sunting nilai ini di Wikidata
Pautan lainIMDB: nm0828310 Allocine: 36342 Allmovie: p165214 IBDB: 13734
Facebook: YusufCatStevens Twitter: yusufcatstevens Instagram: yusufcatstevens Youtube: UCo0pv-U5bTDLlfdROjmCCGg TikTok: yusufcatstevens Souncloud: yusufcatstevens Spotify: 1ygnFQb0wvgWFS4P020EaY Apple Music: 1481662786 Deezer: 282417 Tidal: 24877 Musicbrainz: bf27c046-38b4-4b0f-ad65-358ed588cddf Songkick: 502963 Discogs: 37606 Allmusic: mn0000198480 Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Yusuf Islam[1] (lahir sebagai Steven Demetre Georgiou pada 21 Julai 1948 di London), yang dikenali sebagai Cat Stevens sejak tahun 1966 hingga 1978, ialah seorang pemuzik, ahli muzik, penyanyi, pencipta lagu, pendidik, dermawan dan pemeluk agama Islam terkenal yang berbangsa Inggeris.

Sewaktu dikenali sebagai "Cat Stevens", beliau telah menjual lebih 60 juta album di seluruh dunia sejak akhir 1960-an. Dua album beliau iaitu Tea for the Tillerman dan Teaser and the Firecat telah disijilkan oleh RIAA kerana mencapai status Platinum Beganda Tiga di Amerika Syarikat (tiga juta jualan setiap satu); album Catch Bull at Four pula menjual setengah juta salinan dalam dua minggu terawal sejak dikeluarkan dan merupakan LP #1 Billboard selama tiga minggu berturut-turut. Bakat mencipta lagu beliau juga memberinya dua anugerah ciptaan lagu ASCAP (untuk "The First Cut Is the Deepest" yang menjadi single hit untuk empat orang artis berbeza.)

Pada kemuncak kemasyhuran beliau, pada tahun 1977, Stevens memeluk agama Islam. Pada tahun 1978, beliau membawa nama Yusuf Islam, lalu meninggalkan kerjaya muzik untuk menumpu kepada tujuan pendidikan dan dermawan dalam masyarakat Muslim. Pada tahun 2006, beliau kembali ke persada muzik pop, dengan sebuah album yang mengandungi lagu pop serba baru sejak berlalunya 28 tahun yang berjudul An Other Cup.

Beliau telah dikurniakan beberapa anugerah kerana usaha-usaha memupuk keamanan di dunia, termasuk anugerah Man for Peace 2004 dan Hadiah Mediterranean untuk Keamanan 2007. Beliau tinggal bersama isteri beliau, Fauzia Mubarak Ali, dan lima orang anak di Brondesbury Park, London, dan sering mengunjungi Dubai setiap tahun.[2]

  1. ^ "Interview With Yusuf Islam, Formerly Cat Stevens, Larry King Live". CNN. 2004-10-7. Dicapai pada 2007-01-07. Check date values in: |date= (bantuan)
  2. ^ Yusuf Islam:The Artist Formerly Known as Cat Stevens. BBC. Interview with Alan Yentob, Mei 2006.