Yusuf Taiyoob

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Dato' Seri
Yusuf Taiyoob
DGPN, DMPN, DSPN (PP)
Kelahiran (1958-12-23) 23 Disember 1958 (umur 60)
Tanjung Bungah, Pulau Pinang, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
Nama lainRaja Kurma Malaysia, Datuk Kurma
PekerjaanPengasas dan Pengarah Urusan Yusuf Taiyoob Sdn. Bhd.
Tahun aktif1979–kini
PasanganDatin Seri Yusnita Ramli
Anak3

Dato' Seri Yusuf Taiyoob (lahir 23 Disember 1958) merupakan ahli perniagaan dan usahawan Malaysia, terkenal sebagai pengasas syarikat pengeluar kurma Malaysia, Yusuf Taiyoob Sdn. Bhd..[1]

Kehidupan awal dan kerjaya[sunting | sunting sumber]

Yusuf Taiyoob dilahirkan pada 23 Disember 1958 di Tanjung Bungah, Pulau Pinang dan merupakan anak sulung daripada empat beradik. Beliau pernah melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di India, namun memutuskan untuk berhenti untuk menguruskan perniagaan sendiri. Pada tahun 1977, Yusuf yang ketika itu berusia 19 tahun pernah menjual minyak wangi di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas melalui jenama Perfume of Penang. Dua tahun kemudian, beliau menceburi perniagaan kosmetik dengan menubuhkan Yusuf Cosmetic yang sempat beroperasi selama dua tahun sebelum ditutup pada 1981.[2]

Beliau menubuhkan syarikat eponim yang menggunakan namanya sebagai nama syarikat pada 1988[3] dan membekalkan 30 jenis kurma dan 100 produk makanan di Malaysia, Singapura dan Indonesia. Kebanyakan produknya diimport dari Asia Barat, Eropah dan Amerika Syarikat.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Beliau berkahwin dengan Datin Yusnita Ramli dan dikurniakan tiga anak–Waseem, Safiya dan Safina.

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Yusuf dikurniakan gelaran Datuk daripada Yang diPertua Negeri Pulau Pinang, Abdul Rahman Abbas pada 2002.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "From perfume seller to King Of Dates". www.thestaronline.com.my. Dicapai 6 Jun 2016. 
  2. ^ Petrina Fernandez. "Cover story: The date whisperer". www.theedgemarkets.com. Dicapai 20 Mac 2019. 
  3. ^ Petrina Fernandez. "Cover story: Datuk Seri Yusuf Taiyoob, managing director of Yusuf Taiyoob". www.theedgemarkets.com. Dicapai 15 Mac 2019. 
  4. ^ "Biodata Datuk Yusuf Taiyoob, raja kurma Malaysia". www.azhan.co. Dicapai 27 Mei 2017.