Yusuf al-Qaradawi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Qardawi.JPG
GelaranSyeikh Dr.
NamaYusuf 'Abdullah al-Qaradawi
يوسف عبد الله القرضاوي
Lahir(1926-09-09)9 September 1926
Mesir
Wafat26 September 2022(2022-09-26) (umur 96)
Doha, Qatar
ZamanModen
WilayahMesir
AkidahSunni
Karya yang popularFiqh az Zakat, al-Halal wa al-Haram fi al-Islam, Fiqh al Jihad dan lain-lain
Alma materUniversiti al-Azhar
dipengaruhi oleh
Mempengaruhi

Al-Allamah al-Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradawi (Bahasa Arab: يوسف القرضاوي, translit. Yūsuf al-Qaraḍāwī; 9 September 1926 – 26 September 2022)[1] ialah seorang ulama Islam kelahiran Mesir yang menetap di Doha, Qatar. Beliau ialah pengerusi Kesatuan Ulama Muslim Antarabangsa hingga 2018.[2] Beliau terpengaruh dengan jalur pemikiran daripada Ibn Taimiah, Ibn Qayyim,[3] Sayyid Rashid Rida,[4][5] Hassan al-Banna, Abul Hasan Ali Hasani Nadwi,[6] Abul A'la Maududi dan Naeem Siddiqui.[7] Beliau terkenal dengan rancangannya "Syariah dan Kehidupan" (Bahasa Arab: الشريعة والحياة, translit. al-Sharīʿa wa al-Ḥayāh, yang disiarkan di Al Jazeera, yang mana anggaran penontonnya sekitar 40–60 juta orang seluruh dunia.[8][9][10] Beliau juga dikenali dengan IslamOnline, sebuah laman web yang beliau bantu tubuhkan sekitar tahun 1997 dan menjadi ketua ilmuwan Islam.

Al-Qaradawi mengarang lebih daripada 120 buah buku,[9] termasuk Halal dan Haram di dalam Islam dan Islam: Ketamadunan Masa Depan. Beliau turut menerima pelbagai anugerah dan hadiah antarabangsa bagi sumbangan beliau dalam keilmuan Islam,[11] dan dianggap sebagai salah seorang ulama Islam paling berpengaruh semasa hidupnya.[8][12][13] Al-Qaradawi pernah mempunyai peranan dalam kepimpinan intelektual bagi Ikhwan Muslimin,[14] sebuah pertubuhan Islamis di Mesir, walaupun beliau berulang kali menyatakan beliau bukan lagi anggota pertubuhan tersebut[15] dan dua kali (pada 1976 dan 2004) menolak tawaran bagi memegang jawatan dalam pertubuhan tersebut.[8][16]

Al-Qaradawi kadang kala digambarkan sebagai seorang pejuang Islam sederhana (Islamis yang wasati).[17] Beberapa pandangan beliau, seperti perestuan beliau terhadap pengeboman berani mati warga Palestin menentang Israel, menyebabkan pelbagai maklum balas beberapa kerajaan dari Barat:[18] visa beliau ke United Kingdom telah ditarik balik pada 2008,[19] dan dihalang daripada memasuki Perancis pada 2012.[20]

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Al-Qaradawi dilahirkan di Mesir pada tahun 1926. Beliau menghafaz keseluruhan al-Quran ketika beliau berusia kurang 10 tahun. Beliau menyertai Institusi al-Azhar pada peringkatan sekolah rendah dan menengah. Kemudian, beliau memasuki Fakulti Teologi dan memperolehi Sijil 'Aliyya (bersamaan dengan ijazah BA sekarang ini) pada sekitar tahun 1952-53. Beliau juga memperolehi Ijazah Pengajaran daripada Fakulti Bahasa Arab pada tahun 1954.

Pada tahun 1960, beliau memperolehi Kajian Saringan Tinggi yang bersamaan dengan ijazah MA daripada Bahagian Sains al-Quran dan Hadis di Fakulti Teologi. Pada tahun 1973, beliau memperolehi ijazah PhD dengan hujahnya mengenai Az-Zakah fi Hal al-Mushlikat al-Ijtima'iyya (Zakat dan Pengaruhnya dalam Penyelesaian Masalah Sosial).

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau menjawat jawatan sebagai seorang khatib, guru dan penulis di al-Awqaf dan al-Azhar. Beliau telah menerbitkan lebih 100 buah buku yang menyentuh pelbagai aspek kehidupan Islam, kesusasteraan dan puisi. Antaranya bukunya yang terkenal ialah Halal dan Haram di dalam Islam dan Keutamaan Gerakan Islam pada Fasa Akan Datang. Karya beliau juga banyak diterjemah dalam pelbagai bahasa termasuk bahasa Melayu.

Penulisan[sunting | sunting sumber]

  • Halal dan Haram dalam Islam (Bahasa Arab: الحلال والحرام في الإسلام)
  • 100 persoalan mengenai Haji, Umrah dan Korban (Bahasa Arab: مئة سؤال عن الحج والعمرة والأضحية)
  • Siri fatwa masa kini (Bahasa Arab: كتاب فتاوى معاصرة)
  • Memudahkan kefahaman kepada Muslim semasa (Bahasa Arab: تيسير الفقه للمسلم المعاصر)
  • Fiqah (memahami) jihad (Bahasa Arab: فقه الجهاد)
  • Sebahagian kefahaman negara (fiqah daulah) dalam Islam (Bahasa Arab: من فقه الدولة في الإسلام)
  • Fiqah (memahami) zakat (Bahasa Arab: فقه الزكاة)
  • Fiqah (memahami) kebersihan (Bahasa Arab: فقه الطهارة)
  • Fiqah (memahami) puasa (Bahasa Arab: فقه الصيام)
  • Fiqah (memahami) nyanyian dan muzik dalam konteks al-Quran dan Sunnah (Bahasa Arab: فـقـه الـغـنـاء و الـمـوسـيـقـى في ضـوء الـقـرآن و الـسـنـّة)
  • Fiqah (memahami) hiburan dan rekreasi (Bahasa Arab: فقه اللهو والترويح)
  • Pelajaran dalam fiqah (memahami) al-Maqasid (Bahasa Arab: دراسة في فقه المقاصد)
  • Dalam memahami (fiqah) minoriti muslim (Bahasa Arab: فى فقه الأقليات المسلمة)
  • الفقه الإسلامي بين الأصالة والتجديد
  • الاجتهاد في الشريعة الإسلامية
  • المدخل لدراسة الشريعة الإسلامية
  • الفتوى بين الانضباط والتسيب
  • عوامل السعة والمرونة في الشريعة الإسلامية
  • الاجتهاد المعاصر بين الانضباط والانفراط
  • دية المرأة في الشريعة الإسلامية
  • موجبات تغير الفتوى
  • الفتاوى الشاذة
  • زراعة الأعضاء في ضوء الشريعة الإسلامية
  • مشكلة الفقر وكيف عالجها الإسلام
  • بيع المرابحة للآمر بالشراء
  • فوائد البنوك هي الربا الحرام
  • دور القيم والأخلاق في الاقتصاد الإسلامي
  • دور الزكاة في علاج المشكلات الاقتصادية وشروط نجاحها
  • لكي تنجح مؤسسة الزكاة في التطبيق المعاصر
  • القواعد الحاكمة لفقه المعاملات
  • مقاصد الشريعة المتعلقة بالمال
  • الصبر في القرآن
  • العقل والعلم في القرآن
  • كيف نتعامل مع القرآن العظيم
  • تفسير سورة الرعد
  • كيف نتعامل مع السنة النبوية
  • المدخل لدراسة السنة النبوية
  • المنتقى من الترغيب والترهيب
  • السنة مصدرا للمعرفة والحضارة
  • في رحاب السنة
  • نحو موسوعة للحديث الصحيح مشروع منهج مقترح
  • وجود الله
  • حقيقة التوحيد
  • الإيمان بالقدر
  • الشفاعة في الآخرة بين النقل والعقل
  • الحياة الربانية والعلم
  • النية والإخلاص
  • التوكل
  • التوبة إلى الله
  • الورع والزهد
  • المراقبة والمحاسبة

Anugerah dan pengiktirafan[sunting | sunting sumber]

Al-Qaradawi menerima beberapa anugerah daripada pelbagai negara dan institusi bagi sumbangan beliau dalam masyarakat Islam. Antaranya

  • Hadiah Bank Pembangunan Islam dalam Ekonomi Islam – 1991[21]
  • Hadiah Antarabangsa Raja Faisal bagi Pengajian Islam daripada Raja Arab Saudi – 1994[22]
  • Anugerah Sultan Hassanal Bolkiah bagi Fiqah Islam daripada Sultan Brunei – 1997[23]
  • Anugerah Al Owais bagi Pencapaian Kebudayaan dan Saintifik daripada Yayasan Sultan bin Al-Owais dari Emiriah Arab Bersatu– 1998–1999[24]
  • Anugerah Kitab Suci Al-Quran Antarabangsa Dubai bagi Personaliti Islam Tahunan – 2000[23]
  • Anugerah Perakuan Negara bagi sumbangan dalam lapangan pengajian Islam daripada Kerajaan Qatar – 2008[25]
  • Anugerah Tokoh Maal Hijrah daripada Kerajaan Malaysia − 2009[26][27]
  • Hadiah Merit Negara bagi pengajian Islam daripada Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Qatar − 3 November 2009.[28]

Fakulti Pengajian Islam Qatar, sebahagian daripada Yayasan Qatar bagi Pendidikan, Sains dan Pembangunan Masyarakat, menubuhkan "Biasiswa Syeikh Yusuf Al Qaradawi" pada 2009, dianugerahkan kepada lima orang pelajar setiap tahun bagi pengajian pascasiswazah.[29] Ia juga menamakan pusat penyelidikan yang baru ditubuhkan, Pusat Qaradawi bagi Kesederhanaan dan Pembaharuan Islam.[30][31]

Al-Qaradawi ialah ahli lembaga pemegang amanah Pusat Oxford untuk Pengajian Islam[32] dan dinamakan sebagai perunding teknikal bagi sebuah filem berkos tinggi berbahasa Inggeris mengenai Nabi Muhammad, yang dihasilkan oleh Barrie Osborne.[33][34] Undian dalam talian Foreign Policy pada 2008 meletakkan beliau di tempat ketiga dalam senarai 20 Intelektual Awam seluruh dunia.[35]

Kematian[sunting | sunting sumber]

Pada 26 September 2022, laman web Yusuf al-Qaradawi mengumumkan berita kematian beliau. Jenazah beliau akan disembahyangkan di Masjid Imam Muhammad bin AbdulWahhab, Doha, Qatar, dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Abu Hamour.[36]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Polka, Sagi (2019). Shaykh Yusuf al-Qaradawi: Spiritual Mentor of Wasati Salafism. Syracuse University Press. m/s. 2. ISBN 9780815654803.
  2. ^ AFP (news agency) (11 May 2014). "Qatar-based cleric calls for Egypt vote boycott". Yahoo News. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 June 2014.
  3. ^ Shaham, Ron (2018). Rethinking Islamic Legal Modernism: The Teaching of Yusuf al-Qaradawi. Boston: Brill Publishers. m/s. 5, 57. ISBN 978-90-04-36899-6.
  4. ^ Shaham, Ron (2018). Rethinking Islamic Legal Modernism: The Teaching of Yusuf al-Qaradawi. Boston: Brill Publishers. m/s. 5. ISBN 978-90-04-36899-6.
  5. ^ al-Qaradawi, Yusuf (1992). Priorities of The Islamic Movement in The Coming Phase. Awakening Publications. m/s. 60. ISBN 0953758214.
  6. ^ القرضاوي, يوسف. الشيخ أبو الحسن الندوي كما عرفته الدكتور.
  7. ^ Al-Qaradawi, Yusuf (2002). Ibn al-Qarya wa-l-Kuttab: Malamih Sira wa-Masira, Vol. 1. Dar al-Shorouq. p. 245
  8. ^ a b c No.9 Sheikh Dr Yusuf al Qaradawi, Head of the International Union of Muslim Scholars – "The 500 most influential Muslims in the world 2009", Prof John Esposito and Prof Ibrahim Kalin – Edmund A. Walsh School of Foreign Service, Georgetown University
  9. ^ a b Smoltczyk, Alexander (15 February 2011). "Islam's Spiritual 'Dear Abby': The Voice of Egypt's Muslim Brotherhood". Der Spiegel. Dicapai pada 11 July 2014.
  10. ^ No.31 Sheikh Dr Yusuf al Qaradawi, Head of the International Union of Muslim Scholars, dicapai pada 4 July 2017
  11. ^ "Qaradawi Wins Hijra Award" Diarkibkan 16 Februari 2011 di Wayback Machine ION, 15 December 2009
  12. ^ Product Description: The Global Mufti: The Phenomenon of Yusuf Al-Qaradawi (Paperback)by Bettina Graf (Author, Editor), Jakob Skovgaard-Petersen (Editor) C Hurst & Co Publishers Ltd (20 July 2009). ASIN 1850659397.
  13. ^ Raymond William Baker, Islam Without Fear: Egypt and the New Islamists (2003), p.4
  14. ^ Olivier Guitta (20 February 2006). "The Cartoon Jihad: The Muslim Brotherhood's project for dominating the West". The Weekly Standard. m/s. Volume 11, Issue 22.
  15. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan AnaSoage tidak disediakan
  16. ^ "Al-Qaradawi Turns Down Offer to Assume Leadership of the Muslim Brotherhood". Al Jazeera. 12 January 2004.
  17. ^ Halverson, Jeffry R. (24 May 2018). "Yusuf al-Qaradawi". Oxford Bibliographies. Dicapai pada 6 December 2020.
  18. ^ Controversial preacher with 'star status' BBC article, by agdi Abdelhadi on 7 July 2004
  19. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan BBC 2008-02-07 tidak disediakan
  20. ^ "France bars Muslim clerics from entering France". CBS News. 29 March 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 March 2012. Dicapai pada 29 March 2012.CS1 maint: bot: original URL status unknown (link)
  21. ^ "The IDB Prize in Islamic Economics and Islamic Banking". Isdb.org. Dicapai pada 11 April 2010.
  22. ^ "Winners" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 16 July 2011. Dicapai pada 11 April 2010.
  23. ^ a b "The Islamic Personality> Fourth Session". Quran. Dicapai pada 11 April 2010.
  24. ^ "Dr. Yousef Al Qaradhawi winner Cultural & Scientific Achievements Sixth Circle 1998–1999". Alowais. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 July 2011. Dicapai pada 11 April 2010.
  25. ^ "H.H. The Amir presents the State Acknowledgement Award to Dr. Sheikh Yusuf Al Qaradawi for his contributions in the field of Islamic Studies". Diwan. Dicapai pada 11 April 2010.
  26. ^ "Work together to enhance cooperation, Sultan Abdul Halim tells Muslims". The Star. 19 December 2009. Dicapai pada 5 January 2014.
  27. ^ "Yusuf Al-Qaradawi, Yusof Noor Tokoh Maal Hijrah". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-01-03. Dicapai pada 2021-09-09.
  28. ^ "Sheikh Yousef Al-Qaradawi and Qatar's Education City – Hosting American University Students from Carnegie Mellon, Georgetown, Northwestern, Texas A&M, Virginia Commonwealth, Cornell & Others". MEMRI. 18 February 2010.
  29. ^ Qatar Faculty of Islamic Studies (QFIS) Diarkibkan 6 Mac 2009 di Wayback Machine
  30. ^ "Qatar centre spreads moderate Islam, dialogue". Arabian Business. 7 November 2009. Dicapai pada 11 April 2010.
  31. ^ "Qaradawi centre vows to fight extremism". Gulf Times. 9 December 2009. Dicapai pada 11 April 2010.
  32. ^ Owen Bowcott and Faisal al Yafai (9 July 2004). "Scholar with a streetwise touch defies expectations and stereotypes". The Guardian. London. Dicapai pada 11 April 2010.
  33. ^ "Qatar firm plans film on Prophet". Zawya. 17 December 2009. Dicapai pada 11 April 2010.
  34. ^ Xan Brooks and agencies (2 November 2009). "Matrix producer plans Muhammad biopic". The Guardian. London. Dicapai pada 11 April 2010.
  35. ^ "The World's Top 20 Public Intellectuals". Foreign Policy. 16 June 2008. Dicapai pada 11 April 2010.
  36. ^ https://www.al-qaradawi.net/content/وفاة-العلامة-الشيخ-يوسف-القرضاوي

Pautan luar[sunting | sunting sumber]