Pergi ke kandungan

Yusuf da Costa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
As-Syaikh
Yusuf da Costa
Peribadi
Kelahiran1935
Kematian2018
AgamaIslam
WarganegaraAfrika Selatan
EraModen
KawasanAfrika bahagian selatan
Mazhab akidahAhli Sunah Waljamaah
Mazhab fikahSyafii
AkidahAsyairah
Kecenderungan utamaAqidah, Hadis, Tafsir, Tasawwuf, Fiqah, Usul fiqah
Guru-guruAs-Syaikh Mawlana Hisham Kabbani
TarekatNaqshabandi
PekerjaanUlama
Pemimpin Islam
Pelajar
  • Sir Youssuf Garbou, Anwar Omar, As-Syaikh Shamil da Costa

As-Syaikh Yusuf da Costa (Afrikaans: الشيخ يوسف دا كوستا; lahir 1935 - meninggal dunia 2018) ialah seorang pemimpin agama dan ulama dari Cape Town, Afrika Selatan.[1] Dikenal sebagai penentang apartheid dan lawan politik daripada Izak David du Plessis semasa muda[2], beliau menuliskan beberapa buku terkenal mengenai sejarah Melayu Cape dan pentingnya menjaga persatuan muslim meski berbeza mazhab.

Lahir dari keluarga ayah yang mualaf di Cape Town, Yusuf yang masih kecil bersekolah di sebuah sekolah gereja. Memasuki masa remaja, beliau bersekolah di Trafalgar High School dan menyertai Hewat Training Kolej pada 1952. Pada tahun yang sama, du Plessis ingin Melayu Cape bersama dengan etnik colored lain ikut merayakan 300 tahun temasya Festival Jan van Riebeek. Beliau menjadi salah satu pemuda yang paling tegas menolaknya.

Selepas menamatkan pendidikannya, beliau mengajar Geografi di Universiti Cape Barat hingga tahun 2000. Beliau dikenal sebagai ulama dari tarekat naqshabandi. As-Syaikh Yusuf da Costa wafat pada 3 disember 2018 di rumahnya, Kensington. Syekh Shamil da Costa, sang cucu berjanji akan menggantikan perannya.[3]

  1. "(PDF) Salafism and its Impacts on Sufi Movements in the Cape". ResearchGate (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-05-05.
  2. "Teacher who led from the front recalls torture by security police - Muslim Views" (dalam bahasa Inggeris). 2022-11-18. Dicapai pada 2025-05-06.
  3. "Shaykh Yusuf da Costa – Naqshbandi Muhammadi Order of South Africa" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-05-06.