ZOY

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mohd Zohri Sukimi
KelahiranMohd Zohri Sukimi
23 Januari 1959
Kg. Sijangkang, Banting
Meninggal dunia5 Mei 2016
HTAR, Klang
KewarganegaraanMalaysia Malaysia
Nama samaranZOY
Karya terkenal
Pendekar Sijangkang

Takluk Jagat

Ayoko

Ralat ungkapan: Pengendali < tidak dijangka

Mohd Zohri Sukimi atau lebih dikenali sebagai ZOY ialah seorang pelukis komik tahun 1980-an yang masih lagi aktif berkomik dan berkartun hingga ke akhir hayatnya. Bermula dengan komiknya yang berjudul Pendekar Sijangkang dengan Penerbitan Knight. Karya-karyanya menyingkap kehidupan rakyat Malaysia berbilang bangsa dan kebudayaan. Komik AYOKO merentas budaya dua negara iaitu Malaysia dan Jepun.

Selain daripada menyumbang komik untuk akhbar Utusan Malaysia dan majalah FANTASI (awal penerbitan), beliau turut menjadi pengilustrasi beberapa penerbitan lain. Kini, beliau menjadi pelukis kanan di Berita Harian dengan menyumbang komik mingguan dengan Berita Minggu dan sebagai residen kartun politik syarikat tersebut.

Karya terakhir beliau ialah Permata dan Keris Gajah Sewu yang tidak sempat dihabiskan setelah menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang akibat Sepsis Secondary to Respiration Pneumonia.

Kehidupan Awal[sunting | sunting sumber]

Mohd Zohri Sukimi lahir pada 23 Januari 1959 di Kampung Sijangkang, Banting. Bapanya bekerja sendiri sebagai pekebun kopi, dan beliau merupakan anak ketiga daripada empat adik beradik. Mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ampuan Rahimah, Klang. Beliau memang gemar melukis sejak dari bangku sekolah lagi dan memasuki Persatuan Lukisan S.T.A.R Klang ketika itu.

Setelah tamat pengajian di tingkatan lima, Zoy berhijrah ke Kuala Lumpur untuk bekerja dan meluaskan lagi pengalamannya dalam berkarya. Pada tahun 1977, beliau memulakan kerjayanya sebagai Illustrator / layout artist di Amir Enterprise yang menerbitkan majalah Suara Merdeka dan Keluarga.

Pada tahun 1978 hingga 1983, beliau meneruskan kerjayanya di Utusan Melayu (M) Sdn Bhd sebagai Illustrator / layout artist / Cartoonist / Visualiser untuk Utusan Malaysia yang merupakan akhbar dan majalah harian bahasa Melayu.

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

  • Komik Surat Khabar Terbaik (Best Comic in News Paper), Anugerah Pekomik 2009.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]