Zainal Abidin Ahmad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Za'ba)
Lompat ke: pandu arah, cari
Bagi ahli politik, lihat Zainal Abidin Ahmad (PKR).
Jangan dikelirukan dengan Zainal Abidin bin Haji Alias.
Za’aba
Zaaba.jpg
Kelahiran (1895-09-16)16 September 1895
Batu Kikir, Jempol, Negeri Sembilan, Malaysia
Kematian 23 Oktober 1973(1973-10-23) (umur 78)
Nama lain Za'ba
Organisasi Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu
Terkenal kerana Ahli akademik dan penulis
Gerakan politik Gerakan Akademik Malaya

Zainal Abidin Ahmad (16 September 1895 - 23 Oktober 1973), juga dikenali sebagai Zaaba merupakan seorang sasterawan dan pemikir Melayu keturunan Minangkabau yang giat menulis sekitar tahun 1940-an. Berdasarkan pencapaiannya dalam bidang kesusasteraan, beliau merupakan salah seorang budak kampung yang berjaya meletakkan dirinya sebagai seorang tokoh yang terkemuka dalam sejarah Malaysia.

Beliau merupakan seorang cendekiawan Melayu yang dihormati dan selama hampir 40 tahun, aktif dalam kegiatan penulisan termasuk penterjemahan. Aktiviti beliau juga tertumpu kepada penerbitan buku sekolah dan bacaan umum di Biro Penterjemahan, Maktab Perguruan Sultan Idris.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Ayahnya berketurunan Bugis Linggi adalah seorang yang berharta, berpengetahuan agama dan satu-satunya penduduk kampung itu yang pandai membaca dan menulis ayat dalam tulisan Jawi. Ibunya meninggal dunia ketika Zaaba berumur 12 tahun.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Zaaba menerima pendidikan awal di rumahnya sendiri. Beliau diajar untuk mengaji al-Quran dan membaca sejak berumur lima tahun. Beliau mula mendapat pendidikan secara rasmi di sebuah sekolah Melayu di Linggi. Disebabkan beliau sudah bijak membaca, menulis jawi dan rumi, beliau ditempatkan dalam darjah tiga. Beliau menyambung pembelajarannya di Institusi St. Paul Seremban dan merupakan orang Melayu pertama menduduki peperiksaan Senior Cambridge dan lulus peperiksaan pada 1915.

Kerjaya awal[sunting | sunting sumber]

Zaaba memulakan kerjayanya sebagai guru sekolah di Johor Bahru pada tahun 1916 di English College, dan kemudiannya bertukar ke:

Zaaba adalah seorang yang gemar membaca dan memiliki bakat dalam bidang penulisan. Kebanyakan hasil penulisannya muncul dalam akhbar-akhbar tempatan dan majalah-majalah seperti Utusan Melayu, Lembaga Melayu, Pangasuh, dan Pakar Majalah. Beliau telah menerbitkan beberapa siri monograf dalam bahasa Melayu, termasuk Bahasa Pelita, dan Ilmu Mengarang. Hasil penulisannya yang lain termasuk Cerita-cerita Shakespeare yang diterbitkan oleh Percetakan Gudang Chap, Singapura.

Kerjaya politik[sunting | sunting sumber]

Selepas tentera Jepun menyerah kalah pada tahun 1943, Zaaba sekeluarga berpindah ke Kuala Lumpur. Tentera British datang semula ke Tanah Melayu. Oleh sebab itu, mereka menubuhkan Malayan Union. Penubuhan ini ditentang oleh pemimpin-pemimpin Melayu. Penentangan tersebut diketuai oleh Dato' Onn Jaafar dan menubuhkan UMNO sebagai usaha untuk menyatupadukan bangsa Melayu. Zaaba dilantik menjadi Setiausaha Agung UMNO yang pertama namun jawatan tersebut tidak kekal lama kerana beliau lebih berminat dengan bidang penulisan dan Bahasa Melayu.

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Untuk menghargai jasa beliau, Zaaba telah dianugerahkan:

Meninggal dunia[sunting | sunting sumber]

Kesihatan Zaaba semakin terjejas apabila umurnya semakin meningkat. Akhirnya pada 23 Oktober 1972, beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir. Pemergian beliau sebagai seorang pendeta dan karyawan merupakan suatu kehilangan besar kepada negara. Sumbangan beliau terhadap ilmu Bahasa Melayu tidak ternilai harganya.

Rujukan[sunting | sunting sumber]