Zac Efron
Zac Efron | |
---|---|
![]() | |
Kelahiran | Zachary David Alexander Efron 18 Oktober 1987 San Luis Obispo, California, Amerika Syarikat |
Pekerjaan | Pelakon, Penyanyi |
Karya terkenal | High School Musical |
Zachary David Alexander Efron (lahir 18 Oktober, 1987) ialah seorang pelakon dan penyanyi Amerika. Efron mulai berkecimpung secara profesional pada awal tahun 2000-an dan menjadi terkenal pada akhir tahun 2000-an untuk peranan utamanya sebagai Troy Bolton dalam trilogi High School Musical (2006-2008). Selama ini, Efron juga membintangi filem muzikal Hairspray (2007) dan filem komedi 17 Again (2009). Sejak itu, Efron membintangi filem-filem seperti New Year's Eve (2011), The Lucky One (2012), The Paperboy (2012), Neighbours (2014), Dirty Grandpa (2016), Baywatch (2017), dan The Greatest Showman (2017). Dia memainkan watak sebenar Ted Bundy dalam filem Extremely Wicked, Shockingly Evil and Vile (2019).