Zadok the Priest

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gambaran Zadok mencucuri minyak suci atas kepala Raja Salomo/Sulaiman dalam Kitab Raja-Raja asas kepada senikata gita ini.

Zadok the Priest (bahasa Melayu: Zadok sang Paderi) ialah suatu gita digubah George Frideric Handel untuk istiadat kemahkotaan Raja George II penguasa Kerajaan Great Britain pada tahun 1727. Ia salah satu karya Handel yang paling terkenal didendangkan terutamanya semasa adat mengurap raja semasa istiadat kemahkotaan setiap raja British sejak penggubahannya malah telah diiktiraf sebagai lagu patriotik British.[1][2]

Pengarangan[sunting | sunting sumber]

Sebahagian daripada kandungan tradisional istiadat kemahkotaan British, teks untuk keempat-empat lagu itu dipilih oleh Handel — pilihan peribadi daripada catatan paling mudah ditemui tentang istiadat kemahkotaan terdahulu, iaitu James II pada tahun 1685.

Teks itu adalah terjemahan daripada antifon tradisional, Unxerunt Salomonem, sendiri berasal dari kisah alkitabiah tentang pengurapan Raja Salomo (Sulaiman) oleh imam Zadok (1 Raja-raja 1:38-40). Kata-kata ini telah digunakan dalam setiap istiadat kemahkotaan raja-raja Inggeris (dan kemudiannya British) sejak Raja Edgar di Abbey Bath pada tahun 973 Masihi. Latar muzik yang lebih awal dipercayai telah ditulis oleh Thomas Tomkins untuk istiadat kemahkotaan Raja Charles I pada tahun 1626, teks yang telah bertahan tetapi bukan muzik. Henry Lawes menulis satu lagi gita meraikan kemahkotaan anakandanya Raja Charles II pada tahun 1661; ini juga dinyanyikan pada istiadat kemahkotaan James II pada tahun 1685, walaupun muzik itu mungkin telah diubah untuk menampung perubahan kepada teks yang dibuat oleh Uskup Agung William Sancroft.

Pada istiadat kemahkotaan itu sendiri pada 11 Oktober 1727, koir Westminster Abbey menyanyikan Zadok the Priest di bahagian yang salah dalam upacara; mereka sebelum ini terlupa sepenuhnya untuk menyanyikan satu lagu dan satu lagi berakhir "dalam kekeliruan".

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Blumsom, Amy (23 October 2015). "Zadok the Priest: a champion's anthem". The Telegraph. London. Dicapai pada 15 August 2016.
  2. ^ sussexchorus.org, Coronation Anthems, HWV 258 - 261. Retrieved 15 August 2016.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]