Siti Zaharah Sulaiman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Zaharah Sulaiman)
YBhg Tan Sri Dato' Sri Dr.

Siti Zaharah Sulaiman

PSM; SSAP, SIMP, DSAP, DIMP (Pah)
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Paya Besar, Pahang
Dalam jawatan
1995–2008
Didahului olehKonstituensi baharu
Digantikan olehAbdul Manan Ismail
Menteri Perpaduan dan Pembangunan Masyarakat
Dalam jawatan
15 Disember 1999 – 26 Mac 2004
Dibubar pada 27 Mac 2004
Didahului olehYang Bahagia Tan Sri Datin Paduka Seri Hajah Zaleha Ismail
Digantikan olehYang Berhormat Datuk Seri Panglima Dr. Maximus J. Ongkili
Beralih ke Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara)
Yang Berbahagia Tan Sri Dato' Sri Shahrizat binti Abdul Jalil
Pembangunan Masyarakat beralih ke Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia
Butiran peribadi
Lahir (1949-04-24) 24 April 1949 (umur 74)
Lanchang, Mentakab, Pahang
Parti politik BN-UMNO
Pasangan Dr. Samaruddin Md Rejab
PekerjaanAhli politik
ProfesionDoktor

Tan Sri Dato' Sri Dr. Siti Zaharah Sulaiman pernah menjadi Timbalan Menteri Kesihatan dan Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, Malaysia . Siti Zaharah ialah mantan ahli parlimen kawasan Paya Besar, di Pahang. Pada 2008, beliau diganti oleh Abdul Manan Ismail juga daripada BN/UMNO

Menteri[sunting | sunting sumber]

Semasa menjadi Timbalan Menteri Kesihatan beliau merasmikan pelancaran Bulan Tanpa Tembakau 1998 di Pasar Budaya, Kuala Lumpur pada 31 Mei 1998. Sejak 1989, 31 Mei diisytiharkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai Hari Tanpa Tembakau Sedunia.[1]

Politik Wanita UMNO[sunting | sunting sumber]

Siti Zaharah terpilih menjadi Majlis Tertinggi UMNO sesi 2000-2003. Imej 'bertudung'nya 'mengejutkan' kalangan wanita UMNO.[2]

Pada Oktober 1996, beliau menang menjadi Ketua Pergerakan Wanita UMNO menewaskan Datuk Seri Rafidah Aziz (1984-1996) dengan majoriti 27 undian. Slogan Siti Zaharah ialah 'Membawa Perubahan'. Akan tetapi, beliau tewas semula kepada Rafidah Aziz pada Perhimpunan Agung UMNO 2000. Siti Zaharah mnejadi Ketua Wanita UMNO selama 3 tahun 7 bulan. Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berjaya mengalahkan Rafidah dalam perebutan jawatan ketua pergerakan itu pada Perhimpunan Agung UMNO 2008.[3]

Pada tahun 2000, seramai 671 perwakilan wanita memilih semula Rafidah Aziz. Rafidah pernah memegang jawatan itu selama 12 tahun dari 1984-1996. Rafidah mendapat 341 undian manakala Siti Zaharah memperoleh 329. Rafidah menang dengan majoriti 12 undian tidak termasuk satu undi rosak.[4]

Wanita UMNO berjaya mewujudkan Amanah Saham Wanita (Asnita) dan berharap kaum lelaki dapat menubuhkan Amanah Saham Lelaki (Aslaki). Dengan keahlian ahli UMNO sebanyak 2.8 juta, bukanlah mustahil bagi 50 peratus ahli Wanita UMNO memenuhi matlamat mengumpul RM200 juta.[5]

Pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1995, beliau menang di Paya Besar. Pada tahun 1999, beliau menang lagi dengan menewaskan Wan Jusoh Wan Kolok (Keadilan). Pada tahun 2004, beliau menang dengan majoriti 12,518 undian. Kemenangan beliau menandakan 38 dari 43 calon wanita BN menang dalam pilihan raya. Turut memenangi ialah Rafidah Aziz (Kuala Kangsar), Datin Paduka Zaleha Ismail (Gombak); Datuk Shahrizat Abdul Jalil (Lembah Pantai) ; Seripah Noli Syed Hussin (Sepang); Senator Mastika Junaidah Husin (Arau);Rosnah Majid (Tanjong Dawai);Datuk Dr. Ng Yen Yen (Raub) ; Chew Mei Fun (Petaling Jaya Utara);Komala Krishnamoorthy (Kapar) dan Kamala Ganapathy (Kota Raja); Lim Bee Kau (Padang Serai)[6]

Pada 27 Mac 2004, Perdana Menteri , Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menggugurkan nama Siti Zaharah daripada jawatan menteri. Turut digugurkan ialah Datuk Chua Jui Meng, Datuk Seri Law Hieng Ding ; Datuk Seri Abdul Hamid Zainal Abidin ; Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor; Tan Sri Mohd Khalil Yaakob ;Datuk Amar Leo Moggie;Datuk Seri Mohamed Effendi Norwawi; Tan Sri Musa Mohamad ; Tan Sri Kasitah Gaddam.[7]

Cedera kemalangan[sunting | sunting sumber]

Pada 2005, beliau cedera parah dalam kemalangan di Jalan Pintasan Sri Jaya. Akibat daripada pelanggaran itu, beliau ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Hospital Tengku Ampuan Afzan, menerima jahitan sepanjang 10.16sm di bahagian kiri kepalanya manakala setiausaha wanita Umno Bahagian Paya Besar Fauziah Abdul Rahman mengalami keretakan di bahagian leher.[8]


YB Datuk Dr. Siti Zahrah Sulaiman
NO. 4B, Jalan Jeram 2
8/22B, Seksyen 8, Shah Alam
40000 Selangor Darul Ehsan
Tel : 09-55364663 / 03-55134633
Fax : 09-5364663

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]

Lihat juga (Senarai Majlis Tertinggi UMNO 2000-2003)