Zahari Affandi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Zahari Affandi
Zahari Affandi
Kelahiran(1947-10-17)17 Oktober 1947
Nama lainAsari bin Ismail, Nazir Usman
Terkenal keranapenulis dan wartawan tersohor Malaysia

Zahari Affandi (lahir 17.10.1947, Kampung Baru Pahi, Kuala Krai, Kelantan) – penulis dan wartawan tersohor Malaysia.

Biografi singkat[sunting | sunting sumber]

Nama sebenarnya ialah Asari bin Ismail. Dalam bidang penulisan, dia menggunakan nama pena Nazir Usman.

Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu di kampungnya dan tamat Darjah Enam (1955-1960). Selepas itu dia melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Sultan Yahya Petra, Kuala Krai, Kelantan (1961-1963). Kemudian dia bekerja sendiri. Sekitar tahun 1967, dia berpindah ke Kota Bharu, Kelantan. Semasa di sana, dia belajar sendiri dan lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 1970. Selepas itu dia berpeluang mengikuti Kursus Penulisan Kreatif selama setahun di Universiti Sains Malaysia (1978-1979). Sejak tahun 1981 hingga tahun 1983, dia berpeluang mengikuti Kursus Kewartawanan dan Book Publishing di University Boston, Amerika Syarikat [1].

Kegiatan sebagai wartawan[sunting | sunting sumber]

Dia mempunyai pengalaman luas dalam dunia persuratkhabaran. Pernah bekerja sebagai Penolong Pengarang Mingguan Malaysia, Ketua Pengarang Harian Nasional, managing editor akhbar Mingguan Islam dan Ketua Pengarang Watan Dia juga pernah menubuhkan Syarikat sendiri iaitu Prodescom Sdn Bhd dan kemudiannya Citra Publishing.

Kegiatan sebagai penulis[sunting | sunting sumber]

Zahari Affandi adalah antara novelis 1970-an yang sangat aktif dan pernah menerbitkan 49 buah novel. Antara novelnya yang terkenal "Bulan Merah di Tiga Kuala" (1976), "Kunang-Kunang" (1979), dan "Pelabuhan Yang Ditinggalkan" (1980). Novel-novelnya yang lain, “Diari Serorang Buta” (1977), “Titian” (1977), “Bila Langit Kian Mendung” (1979), “Keringkan Embun di Rumput Ini” (1979), “Anakku Adalah Daun-daun Kering” (1980),”Bila Padi Menjadi Lalang” (1980) “Catatan Seorang Gadis” (1980), “Pesta Bunga-Bunga dan Rama-rama” (1980), “Si Burung Hijau Pun Lalu Terbanglah” (1980), “Kekosongan” (1981), “Rinduku Adalah Kemboja” Berguguran” (1986)[2].

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

  • Hadiah Karya Sastera - cerpen “Kaki Burung” (1971)
  • Hadiah Karya Sastera - cerpen “Berangkatlah Puteri-puteriku Sayang” (1975)
  • Hadiah Karya Sastera - cerpen “Kunang-Kunang” dan “Bila Bintang-bintang Gugur ke Bumi” (1976)
  • Tempat Kedua Sayembara Novel Gapena-Yayasan Sabah - novel "Bulan Merah di Tiga Kuala" (1976)
  • Hadiah Sastera Perdana -cerpen “Manisnya Rambutan Kampung” (2014)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Norhisham Mustafa. “Affandi selepas Keris dan Shahnon”. – “Mingguan Malaysia”, 26.03.1975
  2. ^ Jamudin Idris. “Affandi Hassan merobah konvensi sastera”. – “Berita Harian”, 18.06.1994