Zahim Albakri

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Datuk
Zahim Albakri
KelahiranZahim Albakri bin Ikmal Hisham Albakri
(1963-01-12) 12 Januari 1963 (umur 57)
Kuala Lumpur, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
PekerjaanPelakon, pengarah
Tahun aktif1963–kini
Saudara

Datuk Zahim Albakri Ikmal Hisham Albakri (lahir 12 Januari 1963) merupakan seorang pelakon dan pengarah filem Malaysia,[1] yang bergiat aktif di televisyen, filem dan teater. Adiknya, Zarul Albakri juga bergiat aktif dalam bidang lakonan.

Kehidupan awal dan keluarga[sunting | sunting sumber]

Zahim dilahirkan pada 12 Januari 1963 di Hospital Besar Kuala Lumpur. Sedangkan ketika itu Wad Bersalin HBKL baru sahaja dibuka pada 1 Januari 1963. Keluarganya pernah menetap di Bukit Persekutuan, Kuala Lumpur, berhampiran Istana Negara lama di Jalan Syed Putra. Kemudian pindah ke Persiaran Ampang Hilir.

Bapanya Datuk Ikmal Hisham Albakri merupakan seorang arkitek terkenal yang berkhidmat di Jabatan Kerja Raya (JKR). Sementara datuknya Mustapha Albakri Hassan berasal dari keluarga Melayu-Acheh-Yaman di Kampung Pisang, Batu Gajah, Perak. Mustapha berjuang bersama Parti Negara bersama Dato Jaafar. Mustapha pernah menjadi Pegawai Daerah Sitiawan; Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dan menyertai rombongan menuntut kemerdekaan pada 1956 bersama Tunku Abdul Rahman.

Sementara ibunya Datin Valerie Suffiah Abdullah menjadi guru drama di MATIC, Jalam Ampang, Kuala Lumpur. Antara rakan ibunya ialah Datuk Faridah Merican. Nenek Zahim bernama Edna McVann berasal dari Yorkshire, Rottherham, England - dari keluarga industri kentang. Adik beliau ialah Zarul Albakri dan Zehan Albakri, Zarul juga bergiat aktif dalam bidang lakonan.

Sepupunya ialah Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin merupakan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Malaysia.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Zahim pernah memenangi lima Anugerah Seni Boh Cameronian bagi Spilt Gravy on Rice, Separation 40, Puteri Gunung Ledang the Musical, dan P Ramlee the Musical, dan Persembahan Solo Terbaik untuk The Smell of Language.[2]

Beliau menjadi pengarah bersama teater Cuci the Musical yang dipentaskan pada 23 Oktober hingga 8 November di Istana Budaya. Selain itu terlibat bersama Jit Murad mempersembahkan One Load of Bull Jit di PJ Live Arts Theatre dari 24 - 29 November 2009.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Televisyen[sunting | sunting sumber]

  • Mastura (1998)
  • Odissi (1998)
  • Legend (2017)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ A middle class Malay perspective The Star Online (14 Disember 2008). Dicapai pada 27 November 2009.
  2. ^ Shanon Shah (24 Disember 2009). Confessions of a “Melayu celup” The Nut Graph. Dicapai pada 27 November 2010.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]