Zahira (drama)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Zahira
GenreDrama
Cinta
PengarahKhalid Nadzri
Dibintangi oleh
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod15
Penerbitan
Tempoh siaran40 minit
Syarikat penerbitan
Excellent Pictures
Penyiaran
Saluran asalTV3
Siaran asal20 November 2014 – 22 Januari 2015

Zahira ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2014 dibintangi oleh Zara Zya dan Adi Putra.[1] Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Samarinda TV3 20 November 2014 Kristal Maya.[2]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan seorang gadis yang bernama Zahira (Zara Zya) yang baru saja tamat pengajiannya. Zahira mempunyai kekasih hati bernama Suffian (Ryzal Jaafar). Dia terlalu menyayangi Suffian, namun Suffian hanya mempergunakan Zahira untuk memperoleh dirinya mendapat gred yang terbaik di universiti. Yang paling teruk, apabila Suffian mencuri idea proposal Zahira sehingga menyebabkan Zahira kehilangan peluang kerjanya.

Di rumah, Zahira begitu tertekan kerana teringatkan hutang emaknya pada orang-orang kampung. Mereka menggugut akan mengadaikan rumah yang didiami mereka jika tidak melangsaikan hutang mereka. keran aitu juga, Zahira bernekad akan mendapatkan pekerjaan.

Encik Iqbal (Ady Putra), seorang majikan yang tegas dan garang kepada pekerjanya. Di rumah pula, dia seorang ayah yang mementingkan peraturan rumah. encik Iqbal mempunyai dua orang anak dan anak lelakinya menghidap penyakit disleksia.

Encik Iqbal mempunyai 3 orang pembantu rumah bagi menguruskan perihal anak-anaknya. Mereka sering dimarahi Encik Iqbal gara-gara ketidakcekapan dalam melaksanakan tugasan. Kerana tidak puas hati hasil kerja pembantu rumahnya, Encik Iqbal bertindak memecat orang gajinya.

Siapa sangka jawatan pembantu rumah tersebut bakal disandang oleh Zahira. Bagaimana tugas Zahira sebagai pembantu rumah? Adakah memenuhi piawaian Encik Iqbal. Apa reaksi Zahira bila berdepan bosnya yang begitu garang? Adakah anak-anak Encik Iqbal mudah dibentuk menerusi didikan Zahira?

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu[sunting | sunting sumber]

Pelakon kanak-kanak[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Zahira hiasi slot Samarinda TV3 Berita Harian (9 Disember 2014). Dicapai pada 16 April 2015.
  2. ^ Drama Zahira mcentralmy. Dicapai pada 2 April 2023.