Zahirah MacWilson
Zahirah MacWilson | |
|---|---|
زاهرة ماكويلسون | |
| Kelahiran | Nur Zahirah MacWilson binti Zainol Macwilson 1 Februari 1995 |
| Pendidikan | Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia |
| Pusat pendidikan | Universiti Curtin, Perth, Australia |
| Pekerjaan | Pelakon, model |
| Tahun aktif | 2015–kini |
Karya | Filemografi |
| Ketinggian | 1.73 m (5 ka 8 in) |
| Pasangan | Aiman Hakim Ridza (k. 2020) |
| Anak-anak | 2 |
| Ibu | Maslinda Yusoff |
| Bapa | Zainol Johari MacWilson |
| Keluarga |
|
Nur Zahirah MacWilson binti Zainol MacWilson (lahir 1 Februari 1995) ialah seorang pelakon dan model wanita Malaysia.[1]
Kehidupan awal
[sunting | sunting sumber]Beliau dilahirkan pada 1 Februari 1995 di Kuala Lumpur dan dibesarkan di Chabang 4 Tok Mekngah, London dan Perth, Kelantan serta mempunyai darah campuran British di sebelah bapanya dan Melayu di sebelah ibunya. Beliau merupakan anak sulung daripada empat adik-beradik. Bapanya ialah Zainol Johari MacWilson yang merupakan bekas penyampai berita TV3[2][3] dan ibunya ialah Maslinda Yusoff. Zahirah berkelulusan Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia di Universiti Curtin di Perth, Australia.
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Memulakan kerjaya awalnya sebagai model pada usia 10 tahun ketika di bangku sekolah, Zahirah memulakan kerjaya lakonan profesional pada 2015 menerusi drama orientasi remaja Dunia Generasi Baru dengan memegang watak Zahrah, diikuti oleh watak Dr. Katrina dalam HidayahMu Ramadan. Namanya mula menjadi perhatian ramai selepas membintangi drama Mencintaimu bersama Sharnaaz Ahmad, Zahirah memegang watak Annisa. Drama ini mengisahkan perjalanan cinta antara Anissa dan Hisham, Anissa seorang yang bercita-cita tinggi dan mahu sambung belajar di universiti.
Kejayaan seterusnya dikecapi oleh Zahirah ialah menerusi gandingannya bersama Shukri Yahaya menerusi drama Cik Cinderella dan Encik Tengku memegang watak Puteri Nura. Beliau kembali menjayakan wataknya dalam telefilem khas Aidilfitri, Cik Cinderella dan Encik Tengku Raya.
Zahirah memegang watak Athea Irdeena dalam drama Tak Ada Cinta Sepertimu bersama Syafiq Kyle yang bersiaran di Astro Ria, menggantikan Lafazkan Kalimah Cintamu lakonan Farid Kamil dan Nelydia Senrose. Zahirah kemudiannya membintangi drama adaptasi novel karya Emy Roberto, Jangan Benci Cintaku bersama Saharul Ridzwan yang bersiaran di TV3 dengan memegang watak Rafeeqa Huda.[4]
Zahirah membintangi filem sulung lakonannya, Bulan dan Pria Terhebat arahan Ghaz Abu Bakar, di mana beliau memegang watak sebagai Bulan,[5] pelatih pasukan tentera khas Indonesia menjejaki sindiket pemerdagangan manusia bagi mencari adiknya, Melati (dilakonkan oleh Aprena Manrose) yang telah diperdaya dan dibawa ke Malaysia. Untuk menjayakan watak Bulan, Zahirah mempersiapkan dirinya dengan berlatih menggunakan senjata sebelum ke set penggambaran.[6]
Kehidupan peribadi
[sunting | sunting sumber]Sekitar 2015, beliau menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon Zul Ariffin dan sama-sama membintangi Mr. London Ms. Langkawi, namun hubungan cinta mereka telah berakhir pada 2018.[7][8]
Pada Disember 2018, beliau dilaporkan menjalin hubungan dengan pelakon Aiman Hakim Ridza ketika sama-sama membintangi drama Curi-Curi Cinta,[9] dan mengesahkan hubungan mereka.[10][11] Zahirah dan Aiman bertunang pada 8 Jun 2019 di Perth, Australia.[12][13][14] Pasangan ini telah disatukan sebagai suami isteri pada 20 Februari 2020.[15][16]
Adiknya, Zulaikha dan Haziq bergiat aktif dalam kelab bola sepak Australia.[17]
Zahirah dan Aiman dikurniakan cahayamata sulung, Isaac Raees pada 5 Januari 2021.[18]
Filemografi
[sunting | sunting sumber]Anugerah dan pencalonan
[sunting | sunting sumber]| Tahun | Anugerah | Kategori | Pencalonan | Keputusan |
|---|---|---|---|---|
| 2016 | Aktres Pilihan | Dunia Generasi Baru | Tercalon | |
| Pasangan Pilihan (bersama Fadlan Hazim) | Tercalon | |||
| Selebriti Wanita Paling Seksi | — | Tercalon | ||
| Personaliti Fesyen Melodi | Tercalon | |||
| 2018 | Pelakon TV Wanita Popular | Tercalon | ||
| Pasangan Serasi Drama (bersama Kamal Adli) | Tercalon | |||
| Artis Sensasi Popular | Tercalon | |||
| 2025 | Anugerah Selebriti Feminin Terhangat | Tercalon | ||
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ↑ murai (2024-01-11). "Biodata Zahirah MacWilson" (dalam bahasa Inggeris AS). Dicapai pada 2024-01-15.
- ↑ Zaidi Mohamad (16 April 2018). "'Ayah buat saya menangis': Zahirah". Berita Harian. Dicapai pada 3 Ogos 2018.
- ↑ Aida Rizmariza Kamaruddin (25 Mac 2018). Zahirah MacWilson dapat ayah baharu Utusan Malaysia. Diperoleh pada 25 Mac 2018.
- ↑ Mohd Izwan Isa (2 Ogos 2018). "Zahirah Macwilson tolak watak antagonis". Kosmo!. Dicapai pada 3 Ogos 2018.
- ↑ Zaidi Mohamad (24 Disember 2018). "Siapa kata Zahirah lemah-lembut?". Berita Harian. Dicapai pada 7 Mac 2020.
- ↑ Georgie Joseph (26 November 2018). "Seronok jadi Bulan". Harian Metro. Dicapai pada 7 Mac 2020.
- ↑ Zaidi Mohamad (14 April 2018). "Cinta Zahirah Macwilson & Zul Ariffin terlerai". Berita Harian.
- ↑ Ramlah Zainal (30 Julai 2018). "Pengalaman matangkan Zahirah". Harian Metro. Dicapai pada 3 Ogos 2018.
- ↑ Feride Hikmet Atak (3 Disember 2018). "Aiman Hakim Ridza & Zahirah Macwilson dilamun cinta". Berita Harian.
- ↑ "Are Aiman and Zahirah dating?". The Star Online. 6 Disember 2018. Dicapai pada 8 Jun 2019.
- ↑ Tahir Alhamzah (10 Mei 2019). "#Showbiz: Two's company". New Straits Times. Dicapai pada 8 Jun 2019.
- ↑ Farhana Ab Rahman (8 Jun 2019). "Aiman Hakim, Zahirah bertunang di Perth". Berita Harian. Dicapai pada 8 Jun 2019.
- ↑ Farol Hadi (8 Jun 2019). "Aiman Hakim Ridza dan Zahirah MacWilson selamat bertunang". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-06-08. Dicapai pada 8 Jun 2019.
- ↑ Asyraf Roslan (8 Jun 2019). "Aiman Hakim dan Zahirah MacWilson sah bertunang". Astro Awani. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-06-08. Dicapai pada 8 Jun 2019.
- ↑ Farihad Shalla Mahmud (17 Februari 2020). "Aiman, Zahirah nikah Khamis ini?". Berita Harian. Dicapai pada 16 Mac 2020.
- ↑ Ridzuan Abdul Rahman (20 Februari 2020). "Zahirah & Aiman sah suami isteri". Harian Metro. Dicapai pada 16 Mac 2020.
- ↑ Syazwan Msar (2 Mac 2020). Adik Zahirah MacWilson minat beraksi di Malaysia Harian Metro. Dicapai pada 28 Mac 2020.
- ↑ "Zahirah MacWilson, Aiman Hakim kongsi gambar anak". Harian Metro. 5 Mac 2021. Dicapai pada 12 Mac 2021.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Sumber CS1 bahasa Inggeris AS (en-us)
- Kelahiran 1995
- Orang hidup
- Orang Malaysia berketurunan Melayu
- Orang Malaysia berketurunan Inggeris
- Orang Malaysia berketurunan Australia
- Muslim Malaysia
- Orang dari Kuala Lumpur
- Pelakon wanita Malaysia
- Pelakon wanita Malaysia abad ke-21
- Pelakon televisyen Malaysia
- Pelakon filem Malaysia
- Peragawati Malaysia