Zaid bin Khalid

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Zaid bin Khalid al-Juhani al-Madani seorang sahabat yang masyhur. Meninggal di Madinah, ada pendapat mengatakan di Kufah pada tahun 68 Hijrah atau 78 Hijrah ketika berusia 85 tahun.

Periwayatan Hadits

Dia meriwayatkan hadis daripada Rasulullah SAW mengenai saksi yang paling baik. Hadisnya seperti berikut:

"Daripada Zaid bin Khalid Al-Juhani r.a Nabi SAW bersabda, "Mahukah aku beritahukan kepada kalian mengenai saksi yang paling baik? Iaitu orang yang datang memberi kesaksian sebelum diminta." (Hadis Riwayat Muslim)