Zaidi Attan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Zaidi bin Attan)
Yang Berhormat Datuk

Zaidi Attan

DMSM (Melaka)
Anggota Dewan Undangan Negeri Melaka
untuk Serkam
Memegang jawatan
5 Mei 2013[1]
Didahului olehGhazale Muhamad
Majoriti
Naib Ketua UMNO Bahagian Jasin
Memegang jawatan
2018
Butiran peribadi
LahirKampung Umbai, Melaka
Parti politikUMNO
PasanganDatin Mazni Ramli (k. 2002)
Anak-anak1

Yang Berhormat Datuk Zaidi bin Attan ialah seorang ahli politik dan ahli perniagaan Malaysia dari Melaka. Beliau merupakan ADUN Serkam daripada parti Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) sejak tahun 2013.[2]

Kehidupan[sunting | sunting sumber]

Beliau ialah lulusan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik. Beliau juga merupakan ahli parti UMNO daripada gabungan Barisan Nasional (BN).[3]

Beliau telah berkahwin serta mempunyai seorang anak.[4]

Kerjaya politik[sunting | sunting sumber]

Pada 2013, beliau bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) pada tahun 2013 bagi kerusi Serkam dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka[5] lalu menang dengan undian sebanyak 8,715 dengan majoriti 3,600 daripada 15,543 orang pengundi.[6]

Beliau bertanding lagi dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) pada tahun 2018 bagi kerusi Serkam.[7] lalu menang dengan undian sebanyak 6,401 dengan majoriti 2,737 daripada 15,748 orang pengundi.[6]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

  • Ahli perniagaan
  • Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serkam (2013-2021)
  • Timbalan Pengerusi Air Melaka Sdn Bhd
  • Timbalan Exco Kerja Raya dan Kemudahan Awam Negeri Melaka
  • Ahli Lembaga Pengarah Melaka Sentral Sdn Bhd
  • Ahli Lembaga Pengarah Permodalan Melaka Holding Sdn Bhd
  • Ahli Lembaga Pengarah Pertam Construction Sdn Bhd
  • Pengurus Plot 27 (Restoran, katering dan pemborong kraftangan)
  • Jurutera
  • Pengarah urusan
  • Pengurus penyelenggaraan

Jawatan dalam politik[sunting | sunting sumber]

  • Naib Ketua Muafakat Nasional Parlimen Jasin
  • Naib Ketua UMNO Bahagian Jasin

Penglibatan sosial[sunting | sunting sumber]

  • Ahli Jawatankuasa Keris Malaysia
  • Pengerusi Keris Negeri Melaka (BTN)

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

  •  Sekolah Menengah Teknik Melaka
  • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik (UTM)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "BN menang PRU13". Malaysiakini.com. 5 Mei 2020. Dicapai pada 21 April 2020.
  2. ^ "Serkam (P139-N26)". undi.info. Dicapai pada 21 April 2020.[pautan mati kekal]
  3. ^ "ZAIDI ATTAN". PRU di Sinar. Dicapai pada 21 April 2020.
  4. ^ Amir Mamat (8 Ogos 2016). "ADUN Serkam kemalangan". BH Online. Dicapai pada 21 April 2020.
  5. ^ "Keputusan PRU-13 Negeri Melaka". mSTAR Online. 6 Mei 2013. Dicapai pada 21 April 2020.
  6. ^ a b "N26 Serkam: P139 - JASIN". undi.info. Dicapai pada 21 April 2020.[pautan mati kekal]
  7. ^ Fairuz Zaidan; Amir Mamat; Norizzah Baharudin; Noor Azurin Mohd Sharif (23 April 2018). "Calon BN Melaka". BH Online. Foto oleh Rasul Azli Samad. Dicapai pada 21 April 2020.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]