Zainab binti Khuzaimah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Zainab binti Khuzaimah (Arab: زينب بنت خزيمة, Umm al-Masakin, Ibu Orang Miskin,[1] born 595[2]) merupakan isteri kelima Nabi Muhammad .

Disebabkan kewafatan awal beliau, banyak yang tidak diketahui tentang beliau berbanding para isteri Nabi yang lain.[3][4]

Kehidupan[sunting | sunting sumber]

Beliau diterangkan berusia sekitar lewat 20-an, walaupun ada yang berpendapat beliau berumur 48,[5] beliau turut diperihalkan sebagai "wanita cantik".[6] Beliau dikenali dengan "sifat kemurahan dan dermawan" kepada faqir miskin.[6][7][8][9]

Zainab mula-mula mengahwini Tufail bin Harith, yang sama ada menceraikan beliau[10] atau meninggal sebaik selepas itu.[5] Zainab kemudian mengahwini saudara suami pertamanya, Ubaydah ibn al-Harith.[10] Pada tahun 624, suami beliau meninggal dunia selepas tercedera dalam Peperangan Badar, dan beliau mula hidup dalam kemiskinan.[10] Ibnu Kathir, dalam kitab Sirah beliau, merujuk yang suami pertama Zainab ialah Husain bin al-Harith, dan perkahwinan beliau yang kedua ialah Jahsy ibn Riyab, yang terbunuh dalam Peperangan Uhud.[11]

Terdapat banyak riwayat yang bercanggah tentang sama ada beliau dipinggirkan atau beliau menolak banyak tawaran untuk dikahwini.[10][12] Ada yang mengatakan beliau berkahwin buat kali ketiga, yang kemudian suaminya juga meninggal dunia.[5]

Perkahwinan dengan Nabi Muhammad[sunting | sunting sumber]

Tidak lama selepas perkahwinan baginda dengan Hafsah binti Umar,[13][14] baginda Nabi Muhammad melamar beliau dengan mas kahwin sebanyak 400 dirham atau 12 auns emas.[10][15] Terdapat perdebatan tentang bagaimana lamaran tersebut berlaku. Dalam naskhah al-Isaba karangan Ibn Kalbi, beliau mendakwa baginda melamar beliau secara terus, manakala Ibn Hisham menulis yang bapa saudara Zainab, Quobaisa bin Arm al-Hilali yang mengaturkan peminangan tersebut.[4]

Dikhabarkan bahawa perkahwinan tersebut berlaku pada bulan Ramadhan,[4] yang bertujuan untuk menjamin pengikut baginda bahawa gugur di medan perang tidak bermakna keluarga mereka akan dibiarkan kebuluran dan terabai.[6] Beliau merupakan isteri pertama baginda yang datang dari luar Bani Quraisy.[5]

[16] Pada satu masa dikhabarkan terdapat seorang miskin datang ke rumah beliau dan meminta sedikit tepung, dan beliau memberikan semua yang beliau ada walaupun hanya tinggal sedikit lalu beliau berlapar tanpa sebarang makanan pada malam tersebut. Nabi Muhammad terharu dengan kemurahan hati beliau dan memberitahu isteri baginda yang lain tentangnya bahawa "jika kamu beriman kepada Allah, Dia akan memberikan kamu kecukupan sepertimana Dia memberikan rezeki kepada burung-burung, yang keluar dari sarang pada waktu pagi dalam keadaan lapar dan kembali pada waktu malam dalam keadaan kenyang".[10]

Kewafatan[sunting | sunting sumber]

Jannatul-Baqi' tempat persemadian Zainab.

Beliau meninggal dunia kurang dari dua tahun kemudian, dan ada yang mecadangkan hanya dua bulan,[17][18] menjadikan beliau satu-satunya isteri baginda yang wafat sebelum baginda selepas Khadijah.[6] Ada yang yang meriwayatkan bahawa beliau meninggal dunia ketika bulan Rabiul Akhir, tahun keempat Hijrah.[4]

Beliau telah dikebumikan di Jannatul Baqi', yang diusung sendiri oleh baginda .[3][10]

Selepas itu, rumah beliau menjadi kosong sehingga Ummu Salamah berpindah masuk dan berkata "Baginda menikahiku dan membawa aku berpindah masuk ke bilik Zainab binti Khuzaimah, Ibu Orang-orang Miskin".[19]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Lings, Martin, "Muhammad: his life based on the earliest sources", 1983. p. 201.
  2. ^ Awde, Nicholas. "Women in Islam", 2000. p. 10
  3. ^ a b Khaled, Amr. The Mothers of the Believers: Zaynab Bint Khuzayma
  4. ^ a b c d Rasoulallah.net, Lady Zainab bint Khozaima
  5. ^ a b c d Prophet Muhammad for All, Hadrat Zainab
  6. ^ a b c d Wessels, Antonie. "A Modern Arabic Biography of Muhammad", p. 107
  7. ^ Ibn Hisham, The Life of the Prophet, Book IV. c. 833.
  8. ^ Kloppenborg, Ria. "Female stereotypes in religious traditions", p. 89
  9. ^ Marriage to Daughter-in-law
  10. ^ a b c d e f g Ahmed, M. Mukkaram. "Encyclopaedia of Islam", 2005. p. 141
  11. ^ Ibn Kathir, The Life of the Prophet Muhammad, p. 419
  12. ^ Hatimy, Said Abdullah Saif. "Woman in Islam", 1979. p. 105
  13. ^ Isaba, Isti'ab, Jamhara, 262 and Tabari III, 179
  14. ^ Sharma, KM. Denver Journal of International Law and Policy, "What's In a Name?", 1997.
  15. ^ Muslim World League Journal, 1998
  16. ^ Bodley, Ronald V. "The Messenger: The Wives of Mohammed", 1946.
  17. ^ Akar, Sylvia. "But If You Desire God and His Messenger", 2006. p. 107
  18. ^ Stowasser, Barbara. "Women in the Quran", 1996. p. 87
  19. ^ Ibn Hisham I, 345. II, 294. Tabari III, 177. Nasab Quraysh, 316