Zainal Abdul Rashid
Allahyarham Mejar Zainal Abdul Rashid adalah seorang anggota tentera Malaysia yang berasal dari Pantai Remis, Perak. Beliau telah dikurniakan pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa pada 1 Jun 1977 di atas keberaniannya semasa pertempuran dengan pengganas komunis yang menyaksikan 6 pengganas dibunuh. Mejar Zainal Abdul Rashid turut terbunuh dalam pertempuran tersebut.
Pertempuran meletus pada 15 Jul 1976, apabila beliau dan lima anggotanya berjaya mengesan sekumpulan 15 pengganas komunis setelah mengekori pergerakan mereka. Setelah membunuh dua pengganas komunis dengan tembakan semburan, Kapten Zainal meluru dengan berani ke arah musuh sambil memberi kata-kata perangsang semangat agar anggotanya terus berjuang.
Di masa itu seorang pengganas wanita yang tercedera telah membaling sebutir grenad dan mencederakan Kapten Zainal. Keberaniannya yang luar biasa dan daya kepimpinannya yang tinggi membakar semangat juang anggota-anggotanya menggempur musuh. Mereka berjaya membunuh enam daripada 15 orang pengganas dan merampas selaras mortar 60 mm, tujuh pucuk repal, peluru, bom dan peralatan lain. Dalam pertempuran tersebut Kapten Zainal turut gugur. Beliau dikurniakan pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa pada 1 Jun 1977.
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- Keberanian Dan Pengorbanan Diarkibkan 2014-03-28 di Wayback Machine