Zainal Abidin Ahmad (ahli politik)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Zainal Abidin Ahmad (PKR))

{{Infobox_Politician | honorific-prefix = Yang Berbahagia Dato' Dr | honorific-suffix = DPMS (Selangor) | name = Zainal Abidin Ahmad | image = Zainal-Abidin.jpg | imagesize = 150px | caption = | birth_date = 10 Oktober 1939 | birth_place = Cheras, Selangor | residence = | death_date = 25 Mac 2010(2010-03-25) (umur 70) | death_place = | office2 = Timbalan Menteri Besar Selangor | term_start2 = 1990 | term_end2 = 2004 | predecessor2 = | successor2 = Rahmad Musa (UMNO)-(BN) | office3 = Ahli Dewan Negeri Selangor
untuk N23 Dusun Tua | term_start3 = 1990 | term_end3 = 2004 | predecessor3 = Mohamed Azmir Mohamed Nazir | successor3 = [[ | constituency_MP = P94 Hulu Selangor, Selangor | parliament = Malaysia | term_start = 8 Mac 2008 | term_end = 25 Mac 2010 | majority = 191 | predecessor = G. Palanivel (BN) | successor = P. Kamalanathan ( BN ) | party =
UMNO-BN (1987-2005)

PKR (2005-2010) | religion = Islam | occupation = Ahli Parlimen, Dekan Fakulti Pendidikan UKM | relations = | spouse = | children = | website = | footnotes = |}}

Dato' Dr Zainal Abidin Ahmad (10 Oktober 1939 – 25 Mac 2010) adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu yang juga ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat bagi Hulu Selangor selepas menang bertanding dalam pilihan raya umum Malaysia 2008. Beliau pernah menjadi Timbalan Menteri Besar Selangor di bawah Tan Sri Muhammad Haji Muhd Taib pada tahun 1999. Di peringkat akar umbi, beliau merupakan bekas orang kuat UMNO Selangor dan pernah menjadi Exco kerajaan negeri selama lapan tahun dan Ketua UMNO Bahagian Hulu Langat selama 14 tahun.

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Datuk Dr Zainal dilahirkan di Cheras pada 10 Oktober 1939.

Isteri Datin Siti Zaharah Mohd Zin .Anaknya 1 lelaki dan 3 perempuan yang berbeza jarak kelahiran. Mereka ialah Azri Zin (36) ,Azurah (37), Aznizah (29) dan Azzah (25).

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Dato' Dr Zainal mendapat doktor falsafah aains Politik dari Universiti California, di Los Angeles, pada 1980. Dr Zainal juga mendapat sarjana dari Universiti Stanford, Universiti California Los Angeles dan Universiti Malaya. Beliau pernah menjadi Dekan Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia sebelum meninggalkan dunia akademik dan menyertai politik sepenuh masa pada 1989. Menteri Pendidikan ketika itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjemput beliau menyertai politik kerana beliau aktif dalam Persatuan Pelajar Melayu Selangor.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau menjadi guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Kajang (1961-1968). Kemudian menjadi Pengetua di Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Kubu Bharu dari 1972-1973. Kemudian menjadi pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 1974.

Politik UMNO[sunting | sunting sumber]

Dalam UMNO, Zainal Abidin pernah menjadi Pengerusi, cawangan UMNO Cheras (1987) serta pernah mengetuai UMNO Bahagian Hulu Langat untuk beberapa penggal.

Zainal memenangi tiga penggal berturut-turut kerusi Dewan Undangan Negeri Dusun Tua atas tiket Barisan Nasional (BN), pada pilihan raya umum 1990, 1995 dan 1999.

Selepas menang pilihan raya DUN, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Haji Muhd Taib melantik Dr Zainal menjadi Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan. Kemudian sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Penyelidikan dan Pengerusi Jawatankuasa Perjawatan, Pendidikan dan Sumber Manusia.Kemudian beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar Selangor pada 1999.

Pertubuhan kebajikan[sunting | sunting sumber]

Zainal aktif dalam pelbagai pertubuhan. Antaranya ialah Pengerusi Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia cawangan Hulu Langat. Beliau juga aktif dalam St. John Ambulans Hulu Langat. Selain itu menjadi pengerusi Persekutuan Pelajar Melayu Selangor, Pengerusi Majlis Pemuda Hulu Langat dan Naib Presiden Persatuan Olahraga Amatur Selangor.

Menyertai PKR[sunting | sunting sumber]

Dr Zainal melompat dari UMNO dan menyertai PKR pada 2005 yang dipimpin oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau menjawat jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi parti itu bagi penggal 2007/2010.

Beliau diamanahkan bertanding di Hulu Selangor apabila berlaku krisis meletakkan calon di Hulu Selangor dan Sabak Bernam. Tanpa dijangka beliau menang di kawasan kubu Barisan Nasional / MIC itu pada pilihan raya umum Malaysia 2008 pada 8 Mac 2008. Penyandang kerusi Hulu Langat ialah Datuk G. Palanivel yang juga merupakan Timbalan Presiden MIC ditewaskan dengan majoriti tipis 198 undi.

Walaupun menang di Hulu Selangor, tetapi beliau tetap mengambil berat tentang PKR di Hulu Langat.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyatakan PKR kehilangan seorang pemimpin yang sanggup mengambil risiko bersama-sama PKR dalam keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan.

Meninggal dunia[sunting | sunting sumber]

Beliau meninggal dunia di rumahnya di Batu 9 1/2, Jalan Cheras,Kajang,Selangor jam 9.27 malam akibat barah otak.

Jenazah disembahyangkan di Masjid Batu 10, Cheras. Kemudian dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Melaka, Batu 9, Cheras sebelum solat Jumaat.[1]

Pilihan raya kecil Hulu Selangor[sunting | sunting sumber]

Pilihan raya kecil Hulu Selangor edisi ke-10 bakal diadakan selepas kematiannya. Peraturan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menetap pilihan raya kecil tidak perlu diadakan jika tempohnya melebihi tiga tahun daripada tarikh awal Dewan Rakyat bersidang. Dalam kes ini, SPR menyatakan pilihan raya diadakan pada 25 April 2010 dan penamaan calon pada 17 April 2010.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]