Zainal Abidin Bakar
Zainal Abidin Bakar | |
---|---|
Duta Besar Malaysia ke Indonesia | |
Dalam jawatan 2019–2022 | |
Didahului oleh | Zahrain Mohamed Hashim |
Digantikan oleh | Tajuddin Abdul Rahman |
Duta Besar Malaysia ke Sepanyol | |
Dalam jawatan 2017–2019 | |
Didahului oleh | Kennedy Jawan |
Digantikan oleh | Akmal Che Mustafa |
Duta Besar Malaysia ke Republik Czech | |
Dalam jawatan 2009–2013 | |
Didahului oleh | Salman Ahmad |
Digantikan oleh | Nadzirah Osman |
Butiran peribadi | |
Lahir | Zainal Abidin bin Bakar 1961 Kedah, Persekutuan Tanah Melayu |
Pasangan | Sakhiah Mohd Soom |
Pekerjaan | diplomat |
Datuk Zainal Abidin bin Bakar ialah seorang diplomat kanan Malaysia kelahiran Kedah, Malaysia. Beliau pernah dilantik sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia[1] dan Duta Besar Malaysia ke Sepanyol. Sebagai seorang diplomat, beliau pernah berkhidmat di beberapa negara sebelum ini seperti di Jepun, Vietnam, Belgium dan Republik Czech[2].
Kerjaya sebagai diplomat
[sunting | sunting sumber]Zainal Abidin menjadi diplomat di Kementerian Luar Negeri Malaysia sejak 1988. Beliau pernah ditugaskan sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia (2019-2022), ke Sepanyol (2017-2019) dan ke Republik Czech (2009). Zainal Abidin pernah menjawat sebagai Pembantu Menteri Luar Negeri untuk Kawasan Asia Tenggara (1988-1990) dan untuk Kawasan Amerika (1991-1993). Beliau turut pernah berpengalaman sebagai Setiausaha Pertama Kedutaan Malaysia di Tokyo (1983-1996), dan Konselor Kedutaan Malaysia di Hanoi (1996-1999).
Selain itu, beliau pernah menjadi Timbalan Pengarah Jabatan Penerangan dan Diplomasi Awam. Kementerian Luar Negeri pada 2013, dan mengetuai misi Malaysia ke Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), D8, dan Kerjasama Selatan-Selatan pada 2013 hingga 2017[3].
Anugerah dan pengiktirafan
[sunting | sunting sumber]- Melaka
- Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M.) - Datuk (2019)[4]
- Malaysia
- Johan Setia Mahkota (J.S.M.) - 2010
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Astro Awani (Mac 15, 2021). "Duta Malaysia ke Indonesia, isteri positif COVID-19". Astro Awani. Dicapai pada 2 Julai 2022.
- ^ BERNAMA (7 Ogos 2019). "Presiden Jokowi terima watikah pelantikan duta Malaysia". Sinar Harian. Dicapai pada 2 Julai 2022.
- ^ DIANANDA RAHMASARI (21 Mac 2019). "Zainal Abidin Bakar, Dubes Baru Malaysia Untuk Indonesia". Rakyat Merdeka. Dicapai pada 2 Julai 2022.
- ^ Amir Mamat (11 Oktober 2019). "Muhyiddin dapat gelaran Datuk Seri Utama". HMetro. Dicapai pada 2 Julai 2022.