Zainal Abidin Zin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
YBhg Dato'

Zainal Abidin Zin

DPMP (Prk); DSAP (Pah)
Timbalan Menteri Pertahanan
Dalam jawatan
2004–2008
Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi
Menteri Najib Razak
Didahului oleh Shafie Apdal
Digantikan oleh Abu Seman Yusop
Timbalan Menteri Dalam Negeri
Dalam jawatan
2003–2004
Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi
Menteri Abdullah Ahmad Badawi
Didahului oleh Ong Ka Ting
Azmi Khalid
Digantikan oleh Tan Chai Ho
Timbalan Menteri Tenaga, Telekomunikasi dan Pos
Dalam jawatan
1986–1987
Perdana Menteri Mahathir Mohamad
Menteri -PBDS Leo Moggie
Didahului oleh - BERJAYA Clarence E. Mansul
Digantikan oleh Abdul Ghani Othman
Timbalan Menteri Kerja Raya
Dalam jawatan
1984–1986
Perdana Menteri Mahathir Mohamad
Menteri Samy Vellu
Didahului oleh Nik Hussein Wan Abdul Rahman
Digantikan oleh Mustaffa Mohammad
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Bagan Serai
Dalam jawatan
1999–2008
Didahului oleh Qamaruzaman Ismail
Digantikan oleh Mohsin Fadzli Samsuri
Dalam jawatan
1982–1990
Didahului oleh Ramli Omar
Digantikan olehQamaruzaman Ismail
Butiran peribadi
Lahir (1940-03-07) 7 Mac 1940 (umur 84)
Gunung Semanggol, Perak
PasanganDatin Asima Abdul Latif
Anak-anak3
IbuChik binti Mat
BapaZin bin Mat
Alma materUniversiti Sains Malaysia

Dato' Zainal Abidin Zin adalah ahli politik parti UMNO/ Barisan Nasional dari Bagan Serai, Perak , Malaysia.

Pada Mac 2004,beliau pernah dilantik sebagai Timbalan Menteri Pertahanan Malaysia dan Menteri Pertahanan ketika itu ialah Datuk Seri Najib Tun Razak. Perdana Menteri Malaysia ketika itu ialah Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Pada Februari 2006 beliau kekal dengan jawatan itu.[1]

Biografi[sunting | sunting sumber]

Datuk Zainal Abidin Zin dilahirkan pada 7 Mac 1940 (84 tahun) di Kampung Matang Pasir, Gunung Semanggol, Bagan Serai, Perak . Bapanya Zin bin Mat seorang pesawah padi dan penoreh getah. Bapanya berasal dari Permatang Menahri, Seberang Perai Utara di Pulau Pinang. Ibunya Chik binti Mat berasal dari Permatang Tok Bidan Pekan Darat, juga dari Seberang Perai Utara. Beliau mempunyai tujuh orang adik-beradik .

Beliau berkahwin dengan Cikgu Asima Abdul Latif pada 1968 dan mendapat 3 orang anak, 2 perempuan dan 1 lelaki.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Beliau mendapat latihan perguruan di Pusat Latihan Perguruan Muar (1961-1963). Selepas itu dihantar mengajar di Sekolah Kebangsaan Gunung Semanggol . Tahun 1964 beliau belajar semula dan mengambil peperiksaan tingkatan lima dan lulus. Tahun 1968, beliau mengambil peperiksaan STP dan mendapat 2 prinsipal, 2 subsid. Tahun 1974 sambung belajar di USM jurusan Sejarah dan Politik.

Tahun 1974, beliau menjadi guru semula di Sekolah Menengah Muzaffar Shah di Simpang empat, Gunung Semanggol. [2]

Politik UMNO[sunting | sunting sumber]

Beliau merupakan ahli politik UMNO di Gunung Semanggol , Perak sejak 1967 lagi. Tahun 1974 , beliau dipilih menjadi calon BN di DUN Semanggol dan seterusnya dilantik sebagai Exco Pertanian Negeri Perak.

Tahun 1980, beliau menjadi Ketua UMNO Bahagian Bagai Serai dan terpilih sebagai Exco Pergerakan Pemuda UMNO . Pada tahun 1982 , 1984 dan 1987 menang tanpa bertanding sebagai Ketua UMNO Bahagian Bagan Serai. Tahun 1987 beliau telah dipilih untuk menduduki kerusi MT buat kali pertama setelah mendapat 717 undi.

Pada 1989, beliau melompat menyertai Parti Semangat 46 bersama Tengku Razaleigh Hamzah, Dato Seri Rais Yatim , Datuk Radzi Sheikh Ahmad , Datuk Suhaimi Kamaruddin , Datuk Abdul Manan bin Othman , Datuk Ibrahim Ali , Datin Paduka Rahmah Othman dan Marina Yusof dan lain-lain menentang kepimpinan Perdana Menteri Malaysia / Presiden UMNO , Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad. Apabila Semangat 46 dibubarkan pada 1996 , beliau juga kembali ke pangkuan UMNO dan diterima ahli tanpa rasa curiga. Beliau dilantik sebagai Ketua Penerangan dan Naib Presiden parti itu pada tahun 1992. Apabila S46 dibubarkan pada tahun 1996, beliau secara automatik menjadi ahli UMNO.

Kembalinya beliau ke dalam UMNO, beliau diberi tugas sebagai Pengarah, Pidato Perdana Jawatankuasa Menangani Fitnah MT UMNO pada tahun 1999. Namun cubaan beliau untuk kembali ke dalam barisan MT pada tahun 2000 gagal apabila menduduki tempat ke-34 dengan 725 undi. Pada tahun 2004, sekali lagi beliau mencuba nasib bertanding MKT UMNO, tetapi tewas juga. April 2001 beliau kembali menang tanpa bertanding sebagai Ketua UMNO Bahagian Bagan Serai. Zainal Abidin mendapat 64 pencalonan berada di kedudukan ke-28 dari segi senarai pencalonan calon yang akan bertanding jawatan MT September 2004.


Dalam politik UMNO , beliau pernah bertanding dalam Majlis Kerja Tertinggi UMNO pada 1984 buat pertama kali tetapi tidak terpilih dalam senarai 25 orang MKT. Beliau hanya mendapat 499 undi sahaja

Jawatan kabinet[sunting | sunting sumber]

Jawatan beliau yang pertama di Kabinet ialah sebagai Setiausaha Parlimen, Kementerian Kemajuan Tanah dan Wilayah pada tahun 1982. Pada tahun 1984 dilantik sebagai Timbalan Menteri Kerja Raya dan seterusnya Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos (1986). Tahun 1987 beliau digugurkan dari jawatan Kabinet tetapi kekal sebagai ahli parlimen Bagan Serai . Tahun 1988 kembali menyertai UMNO.

Pada tahun 1999 sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri. Pada 27 Mac 2004 beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri Pertahanan.[3]


Pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1999 , beliau menang di kawasan parlimen Bagan Serai dengan majoriti 1,584 Undi.

Dalam Pilihan raya 2004, Zainal Abidin Zin (BN/UMNO) menang dengan 19,827 undi. Calon PAS Ahmad Awang hanya mendapat 14,213 undi. Majoriti pengundi 5614 orang.

Dalam Pilihan raya 2008,beliau ditewaskan oleh seorang pensyarah maktab perguruan, Mohsin Fadzli Samsuri (PKR) di parlimen P058 Bagan Serai dengan majoriti sebanyak 3,413 undi. Mohsin memperolehi 18,943 undi berbanding Zainal Abidin memperolehi hanya 15,530 undi.

Rujukan[sunting | sunting sumber]