Zaini Hassan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Zaini Hassan merupakan pengarang kanan akhbar Utusan Malaysia. Beberapa rencana politik tulisan beliau akhir-akhir ini (2008-2009) sering menimbulkan kontroversi.

Azan, tulisan Jawi dan ladang babi di Sepang[sunting | sunting sumber]

Teresa Kok tidak dapat menerima artikel bertajuk Azan, Jawi, Jais, UiTM dan ba-alif-ba-ya yang mengulas isu azan . Kontroversi itu menyeret Tresa Kok ke dalam tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), September 2009.[1]

Persamaan India Malaysia dengan filem India[sunting | sunting sumber]

Zaini Hassan pernah berada di Hyderabad, India dan mengalami sendiri keadaan masyarakat India di sana. Dari pengalaman singkat itu dan filem Tamil dan filem Hindi yang ditontonnya, beliau terlah membuat beberapa perbadingan. Baginya Tindakan ahli parlimen Ipoh Barat, N Kulasegaran, yang didakwanya mempertikaikan hak-hak Melayu sebagai tidak wajar.

Pada 9 Disember 2009, Biro Integrasi Kaum MIC membuat aduan polis terhadap Zaini Hassan berhubung artikelnya 'Alkisah India di India dan India di Malaysia' di Balai polis Sentul, Kuala Lumpur.

Antara tulisan beliau :

"India tetap India. Orang India ialah masyarakat yang begitu unik. Jika kita sering tengok wayang Tamil atau Hindi, itulah budaya mereka. Kecoh, kecoh dan kecoh.
"Namun, kita di Malaysia pun ada orang India. Kecohnya pun lebih kurang sama. Mereka ini rata-ratanya terdiri daripada ahli-ahli profesional, peguam dan kini menjadi ahli politik.
"Di Malaysia hanya orang India yang pandai-pandai sahaja yang sering buat bising,"

Rujukan[sunting | sunting sumber]