Pergi ke kandungan

Zainudin Kamaruddin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Zainudin Kamaruddin (lahir di Daerah Muallim, 24 Jun 1984; umur 40 tahun) ialah seorang ahli perniagaan Malaysia. Beliau kini berkhidmat sebagai pengarah agensi di FWD Group mulai Februari 2020.

Zainudin Kamaruddin
Kelahiran (1984-06-24) 24 Jun 1984 (umur 40)
WarganegaraMalaysia
Pusat pendidikanUniversiti Putra Malaysia
Universiti Malaysia Sarawak
Pekerjaan
  • Ahli perniagaan
HubunganSiti Zainab (bibi)
Gamal Abdul Nasir Zakaria (sepupu)
Rita Puspa Zakaria (sepupu)

Kehidupan awal

[sunting | sunting sumber]

Zainudin dilahirkan pada 24 Jun 1984 di Slim River, Daerah Muallim, sebagai anak kedua dan putera pertama daripada lima anak Kamaruddin bin Kimpal (lahir 1949) dan Fatimah (lahir 1948).[1][2] Beliau mempunyai dua orang saudara laki-laki, Mohammad Fadil dan Mohammad Zamros (lahir 1994), dan dua orang saudara perempuan, Norizan dan Noraini (lahir 1981).[1] Ibu saudara sebelah bapanya ialah Siti Zainab, seorang pelakon, dan sepupunya ialah Gamal Abdul Nasir, seorang pensyarah, dan Rita Puspa Zakaria, seorang penjawat awam.[2] Zainudin melanjutkan pelajaran ke Universiti Putra Malaysia dalam jurusan pembangunan insan pada 2001 dan menamatkan pengajian pada 2005, dan memperoleh ijazah magister dari Universiti Malaysia Sarawak dalam jurusan psikologi kaunseling pada 2005 dan menamatkan pengajian pada 2009.[1]

Zainudin memulakan kerjayanya dengan bekerja sebagai penolong pengarah di Kerajaan Persekutuan Malaysia dari 10 April 2010 hingga 30 Disember 2017, diikuti dengan berkhidmat sebagai penasihat di Polis Diraja Malaysia dari Mei 2013 hingga Disember 2015.[perlu rujukan] Beliau kemudiannya bekerja sebagai pengurus agensi di AIA Group dari Jun 2015 hingga Februari 2020, dan berpindah untuk bekerja sebagai pengarah agensi di FWD Group.[perlu rujukan]

  1. ^ a b c Zainudin Kamaruddin, Ancestry
  2. ^ a b Hartono, Melissa. "Siti Zainab, (1935 - 2014) - ForeverMissed.com Online Memorials". www.forevermissed.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-06-07.