Zainurdin Ismail

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Zainurdin Ismail
Kelahiran
Zainurdin Ismail

(1937-08-18)18 Ogos 1937
Meninggal duniaApril 22, 2010(2010-04-22) (umur 72)
Anak-anakDang Suria

Zainurdin Ismail (18 Ogos 1937 - 22 April 2010) adalah seorang pelakon drama terkenal di Malaysia.

Beliau seangkatan dengan Azean Irdawaty, Asmahani Hussein, Razali Buyong, Sidek Hussain, Wan Noraini dan Datuk Ismail Hudson. Anak bongsunya Dang Suria merupakan seorang pengacara yang terkenal.

Ketika aktif dulu, Zainurdin banyak berlakon dalam drama terbitan RTM, antaranya Daerah Kelabu, Cermin Yang Retak. Beliau juga pernah membintangi filem Ceritaku Ceritamu arahan Datin Saadiah. Filem terakhir dibintangi beliau adalah Lembing Awang Pulang Ke Dayang.

Beliau telah mengalami koma selama 41 hari di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sebelum disahkan meninggal dunia kira-kira jam 4.50 pagi 22 April 2010 akibat komplikasi 'sepsis dengan gagal pelbagai organ'.[1] Jenazah Zainurdin dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 9, Kota Damansara selepas solat Zuhur.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Zainurdin, Jaafar O meninggal myMetro. 23 April 2010.