Zaiton Hussain

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Seniwati

Zaiton Hussain
زيتون هوسساءين
Kelahiran
Zaiton binti Hussain

(1938-01-19)19 Januari 1938
Meninggal dunia4 Jun 2001(2001-06-04) (umur 63)
Sebab kematianPenyakit kencing manis
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Selayang Baru, Batu Caves, Selangor
PekerjaanPelakon
Terkenal keranaOpah
PasanganAbdul Samad Arshad (k. 1957; m. 1998)
Anak-anak2
IbuMahanom Osman
BapaHussain Gadang

Zaiton Hussain (19 Januari 1938 - 4 Jun 2001) ialah seorang pelakon wanita Malaysia. Beliau terkenal dengan memegang watak Opah Kalsom dalam siri Opah yang bersiaran di TV1.

Kematian[sunting | sunting sumber]

Zaiton Hussain meninggal dunia dalam perjalanan ke sebuah klinik dari rumahnya di Selayang. Zaiton yang menghidap penyakit kencing manis sejak 10 tahun lalu dibawa ke klinik selepas mengadu sakit dada dan sukar bernafas. Allahyarhamah meninggal dunia pada 12 tengah hari. Menurut anak allahyarhamah zulkifli shah abdul samad ibunya mula menunjukkan keadaan tidak sihat sejak semalam dan semakin teruk pagi ini. Ibu mengadu sakit dada dan sukar bernafas katanya ketika dihubungi. Katanya lagi doktor mengesahkan ibunya meninggal dunia ekoran sakit kencing manis yang dihidapinya. Zulkifli seterusnya memberitahu ibunya telah lama berehat daripada bidang lakonan apabila siri opah diberhentikan penggambaran sejak setahun lalu. Allahyarham yang meninggalkan dua orang anak selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Selayang Baru. Zaiton dikenali ramai apabila muncul dalam drama Opah yang disiarkan distesen radio dan televisyen malaysia (rtm) sejak tahun 80-an. Sambutan hangat perminat terhadap siri itu membuatkan pihak rtm menerbitkannya secara bersiri. Allahyarhamah muncul dalam semua episod yang disiarkan. Perannya sebagai seorang nenek yang prihatin masalah anak dan cucu disebuah kampung menarik perhatian penonton. Malah dia dipanggil opah dan mak oleh pelakon yang berlakon bersamanya dalam siri itu walaupun berada di luar lokasi penggambaran. Turut hadir pada pengkebumian allahyarham ialah barisan pelakon siri itu antaranya Abu Bakar Kassim, Radzali Buyong, Khatijah Abu Hassan, Zami Ismail dan Normala Omar.

Anugerah dan penghargaan[sunting | sunting sumber]

Anugerah Seri Angkasa[sunting | sunting sumber]

Tahun Kategori Karya Hasil
2001 Anugerah Khas Opah Menang

Anugerah Bintang Popular Berita Harian[sunting | sunting sumber]

Tahun Kategori Keputusan
1992 Pelakon TV Wanita Popular Tercalon