Zaitoon Othman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Datin Paduka Zaitoon Othman merupakan hakim wanita kelahiran Malaysia.

Beliau pernah menjadi Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia bagi membela nasib, perkhidmatan dan perjuangan para peguam Muslim. Contohnya bank-bank terkemuka meletakkan syarat pembabitan peguam Bumiputera dalam firma guaman yang menjalankan perkhidmatan dengan mereka.[1] Kemudian beliau menjadi penasihat persatuan tersebut.

Selepas bersara Zaitoon menjadi anggota Suhakam dan dilantik menjadi pesuruhjaya Suhakam sehingga April 2010 mengikut peruntukan subseksyen 5 (1) Akta Suhakam 1999.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]