Zaitun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Zaitun
Olivesfromjordan.jpg
Olea europaea, Laut Mati, Jordan
Pengelasan saintifik
Alam:
Divisi:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
O. europaea
Nama binomial
Olea europaea

Zaitun (Jawi: زيتون, serapan bahasa Arab; nama saintifik: Olea europaea) ialah sejenis spesies tumbuhan (malah juga spesies jenis) dalam genus Olea keluarga Oleaceae bertaburan asal di lembangan sekitar Laut Mediterranean. Ia ditanam untuk mendapatkan buahnya yang dimanfaatkan baik sebagai ramuan makanan mahupun sebagai sumber mendapatkan minyak perahan tersendiri; penanaman pokoknya diusahakan di semua negara rantau Mediterranean serta di kawasan beriklim mirip seperti benua Amerika Utara malah juga di Hemisfera Selatan yakni Amerika Selatan, Australia, New Zealand dan Afrika Selatan.[1][2]

Zaitun merupakan spesies tumbuhan paling tertua diusahakan di dunia. Rekod sejarah menunjukkan pokok zaitun mempunyai pelbagai guna khasnya dalam bidang perubatan sejak zaman purba Mesir. Buah zaitun yang paling baik kualitinya dihasilkan di Yunani. Walau bagaimanapun, Sepanyol dan Itali merupakan negara pengeluar minyak zaitun terbesar.

Botani[sunting | sunting sumber]

Pokok zaitun jenis malar hijau yang tumbuh merenek tidak lebih dari antara 8 hingga 15 meter dengan batang yang berpintal. Daunnya lonjong hijau terang atau kekelabuan dengan ukuran 4 hingga 10 sm panjang dan 1 hingga 3 sm lebar.[3]

Bungaannya kecil tumbuh dari ketiak daun berwarna putih setiap kuntum berkelopak sepululh dwistamen dengan stigma bercabang. Buah yang dihasilkan dari persenyawaan berupa kecil berukuran 1-2.5 sm; ia mentah berwarna hijau sebelum memasak berwarna ungu gelap atau kehitaman.[4]

Kegunaan[sunting | sunting sumber]

Seperti pokok kelapa, setiap bahagian pokok zaitun ada kegunaan kepada manusia. Sememangnya zaitun ialah satu lagi anugerah alam ciptaan Allah yang amat bermanfaat kepada kesihatan kita. Ini telah diakui dunia perubatan.

Minyak[sunting | sunting sumber]

Minyak zaitun amat jernih dan berkilau, lagi mahal harganya. Minyak zaitun baik untuk kesihatan luaran dan dalaman manusia. Paras asidnya yang rendah memudahkan penghadaman kita. Vitamin E yang terkandung di dalam minyak zaitun didapati boleh merendahkan kolestrol LDL(kolestrol jahat), tekanan darah, dan risiko koronori jantung.

Ibnu Qayyim meriwayatkan bahawa minyak zaitun yang dibancuh dengan sedikit garam boleh meredakan radang gusi dan gigi. Menurutnya lagi minyak zaitun dapat menawarkan racun dan mengeluarkan cacing.

Minyak zaitun juga amat popular digunakan dalam produk kecantikan. Ia boleh menguatkan akar dan melembutkan kulit.

Kajian saintifik pula mendapati amalan memakan minyak zaitun amat membantu mengurangkan risiko barah payudara kerana ia kaya dengan Vitamin E.

Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

Makanlah minyak zaitun dan lumurlah minyaknya, kerana ia berasal daripada pohon yang penuh berkat.
(Riwayat At-Tirmizi dan Ibnu Majah)

.

Minyak zaitun jernih dan berkilau seperti cahaya. Ini disebut di dalam al-Quran surah An-Nur:35:

...yang dinyalakan dengan minyak yang banyak faedahnya (iaitu) zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur dan tidak pula di sebelah barat, yang minyaknya (sahaja) hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api...

Daun dan batang zaitun[sunting | sunting sumber]

Daun zaitun bermanfaat sebagai penggalak sistem imun manusia. Masyarakat Timur Tengah telah mengamalkan meminum teh daun zaitun sejak berabad yang lalu untuk merawat batuk, sakit tekak, demam, dan gout.

Ibnu Qayyim juga menjelaskan bahawa daun zaitun boleh merawat luka dan gatal-gatal.

Pendek kata, daun zaitun bersifat antibiotik. Oleh yang demikian, pengambilan daun zaitun mestilah mengikut dos tertentu.

Batang zaitun pula boleh dibuat perabot. Malah ada juga tasbih yang diperbuat daripada kayu zaitun. Tasbih daripada kayu zaitun ini kelihatan agak berminyak dan agak harum.

Sesungguhnya setiap ciptaan Allah di alam ini ada manfaat bagi manusia.

Bagi anda yang gemar makan piza, pilihlah yang ditabur dengan zaitun. Ingat! Zaitun amat berkhasiat. Untuk mendapat rambut yang sihat dan lebat pula, gunalah minyak zaitun untuk mendandan rambut dan urut di kepala.

Menurut riwayat, setelah bahtera Nabi Nuh a.s. berlabuh, pokok zaitun merupakan objek pertama yang kelihatan.

Khasiat[sunting | sunting sumber]

Buahnya amat kaya dengan vitamin A, B1, B2, C, D, E, K, dan zat besi.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Kew World Checklist of Selected Plant Families, Olea europaea". Royal Botanic Gardens, Kew. Dicapai pada December 5, 2014.
  2. ^ "Olea europaea (map)". Biota of North America Program. Dicapai pada December 5, 2014.
  3. ^ Eddo Rugini; Luciana Baldoni; Rosario Muleo; Luca Sebastiani (2016). The Olive Tree Genome. Springer. m/s. 14. ISBN 978-3-319-48887-5.
  4. ^ Apostolos Kiritsakis and Fereidoon Shahidi (2017). Olives and Olive Oil as Functional Foods: Bioactivity, Chemistry and Processing. John Wiley & Sons. m/s. 129. ISBN 978-1-119-13531-9.CS1 maint: uses authors parameter (link)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.