Zakaria Ali

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Dr Zakaria Ali merupakan salah seorang pengarang Malaysia. Zakaria Ali dilahirkan pada 1946 di Kampung Batu, Rembau, Negeri Sembilan.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Air Molek, Johor Bahru (1952-1953) dan menyambung pelajarannya di beberapa buah sekolah Inggeris sebelum memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam bidang seni halus pada Mei 1972 dari Universiti Southwestern, Georgetown, Texas. Kemudian beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Harvard, Massachusetts dan berjaya memperoleh Ijazah Phd. pada Mac 1991. Zakaria menjadi pensyarah di Pusat Seni, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang dan dilantik sebagai Profesor Madya dalam bidang sejarah seni pada Januari 1993 hingga kini.

Zakaria meneroka dunia seninya menerusi dua wadah, iaitu tulisan - sajak, cerpen, novel, esei, rencana, kertas kerja dan diari, dan lukisan - catan dan cat air. Zakaria menulis dalam bahasa Melayu dan juga bahasa Inggeris. Puisi awalnya berjudul "Sonnet I" dan "Doubt" tersiar dalam Southwestern Magazines pada tahun 1970. Kemampuan Zakaria menguasai bahasa Inggeris dan bahasa Sepanyol memberi ruang kepadanya untuk menceburi bidang terjemahan. Misalnya beliau menterjemahkan cerpen "Masalla del Amor" dan "El Pajaro" karya Octavio Paz ke dalam bahasa Melayu yang disiarkan di Dewan Sastera, Februari 1972. Pada tahun 1991, beliau memenangi tempat kedua (tiada pemenang pertama) dalam Sayembara Novel Yayasan Sabah - GAPENA ke-IV melalui novel Empangan dan Hadiah Sastera Malaysia 1991/1992 juga menerusi novel yang sama.

Hasil penulisan[sunting | sunting sumber]

  1. Merdeka 50 : a celebration of Malaysian art ; Muzium Kesenian Islam Malaysia, 2007.
  2. Villa Maya ; Utusan Publications & Distributors, 2007.
  3. Percikan ; Utusan Publications & Distributors, 2003.
  4. Yuen Chee Ling : paintings, portraiture and sketches 1966 - 1999 / Yuen Chee Ling ; with an introduction by Dr. Zakaria Ali ;Galeri Art Point, 2000.
  5. Bloody Bosnia-Herzegovina = Bosnia-Herzegovina berdarah / Hasan Mujicic ; translated by Zakaria Ali. ; DBP, 1994.
  6. Empangan.  ; DBP, 1991.
  7. Seni dan seniman : esei-esei halus  ; DBP, 1989.
  8. Angsana - Essays on Modern Malay Literature
  9. Arah ke Selatan