Zakaria Bakkali

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Zakaria Bakkali
Zakaria Bakkali.jpg
Maklumat peribadi
Nama penuhZakaria Bakkali
Tarikh lahir (1996-01-26) 26 Januari 1996 (umur 23)
Tempat lahirLiège, Belgium
Ketinggian1.64 m (5 ka 4+58 in)
Posisi permainanSayap
Maklumat kelab
Kelab terkiniValencia
Nombor11
Kerjaya remaja
2003–2005RFC de Liège
2005–2008Standard Liège
2008–2013PSV
Kerjaya senior*
TahunPasukanKmncln(Gol)
2013–2015PSV16(3)
2014–2015Jong PSV6(1)
2015–Valencia33(2)
Pasukan kebangsaan
2011Belgium B156(6)
2011–2012Belgium B164(4)
2012–2013Belgium B1712(7)
2013–Belgium B214(1)
2013–Belgium2(0)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 15 Mei 2017 (UTC).

† Kemunculan (Gol).

‡ Kaps pasukan kebangsaan dan gol betul sehingga 11 Oktober 2016 (UTC)

Zakaria Bakkali (lahir 26 Januari 1996) merupakan pemain bola sepak Belgium yang kini bermain untuk kelab Valencia. Beliau merupakan pemain termuda sepanjang masa di Eredivisie yang berjaya melakukan hatrik pada usia 17 tahun 196 hari. Beliau berasal daripada keturunan Maghribi.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Selepas memasuki akademi bola sepak RFC de Liège dan kemudian Standard Liège, Bakkali berpindah ke PSV Eindhoven di Belanda pada usia 12 tahun. Ketika musim 2012-13, Bakkali bermain untuk Jong PSV. Beliau ke skuad senior PSV pada musim 2013-14.

Pada 30 Julai 2013, Bakkali membuat penampilan pertama untuk PSV menentang Zulte Waregem pada perlawanan kelayakan Liga Juara-Juara. Beliau membuat penampilan pertama liga pula ketika menentang ADO Den Haag pada perlawanan pembukaan musim pada 3 Ogos

Pada 7 Ogos, beliau menjaringkan gol pertamanya untuk PSV pada perlawanan kedua kelayakan Liga Juara-Juara menentang Zulte Waregem, 3-0. Pada 10 Ogos, beliau menjaringkan hatrik untuk PSV ketika membelasah NEC Nijmegen, 5-0. Keputusan itu membuatkan beliau pemain termuda menjaringkan hatrik pada sejarah Eredivisie.

Pada musim panas 2014, Bakkali bersedia untuk berpindah ke Atletico Madrid pada bayaran sekitar €2-3 juta tetapi gagal. Selepas gagal, beliau telah menarik minat dari beberapa kelab Liga Perdana Inggeris. Selepas menolak tawaran baru kontrak dari PSV, beliau ingin dijual oleh PSV pada pemindahan musim sejuk.

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Selepas Bakkali ke kelab PSV, jurulatih senior Belgium, Marc Wilmots memasukkan beliau dalam senarai 25 pemain pada perlawanan persahabatan menentang Perancis. Malangnya, beliau tercedera sehari sebelum perlawanan dan beliau terpaksa dikeluarkan daripada skuad. Beliau memiliki dua kewarganegaraan dan beliau sentiasa untuk memilih pasukan kebangsaan Maghribi tetapi pada 7 Oktober 2013, beliau memilih untuk terus mewakili pasukan Red Devils.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]